Tuesday, 28 June 2005

which one??

either.........












..:: set mandian bayi ::..

..:: set pakaian bayi ::..

..:: katil bayi ::..

abang yanz... jum teman g cari barang baby.. jom la..hahhaha.... kak ipar dah nak due ni... nnti kasi upah kopok lekoq ek..ek...

need decoration?..urmmm..

urmm, dah tuesday pun harini... aiyaaakkk... rasa mcm baru tersedar dari mimpi plak.. sesampai kat ofis, dah byk bende kat meja aku rupanya.. pejam celik dah nak abis bulan 6 rupanya.. dah hampir 9 bulan aku keje tetap rupanya. patutla meja ku banyak file dah.. haha.. kene beli tray ni nak letak file2 tu..in task...out task.. fuhhh..! buku pun byk ni.. dah jadi mcm meja blaja kat bilik aku je, yg berbeza cuma meja blaja kat umah tu dah penuh dgn novel2..kuikui.. rasa cm nak bawak frame gambar, nak letak gambar2 org yg aku syg kat meja ofis ni..hahah.. pokok buluh dah ada atas meja ni, bekas officemate kasi time dia nak leave. pasni cm nak carik kaktus plak...

next week insyaallah starting cuti.. walaupun cuti tk lama, tp sekurang2 nya bleh la aku fresh kan otak aku.. tekanan dgn keadaan sekeliling. rindu nyer zaman masa blaja jauh2 dulu.. sgala decision hanya utk diri. hidup berdikari.. bleh buat ape yg dikehendaki.. so... nak blaja balik ke??? aku dalam dilema... kalo aku nk blaja balik, aku nak g jauh2..hahhah... merantau... carik pengalaman.. renung tingkah laku kehidupan manusia,.. dah lama rasanya tak window shopping sengsorang sambil tgk gelagat manusia.. hahhaha, dah lama sangat aku tinggalkan hobi tu sejak kembali ke pangkuan family ni... dah biasa duduk jauh dari family, 5 tahun lamanya, tetiba duk balik ngan family... kui kui...

tetiba aku teringat pada anak-anak patung kat bilik aku tu, dah lama tak belek.. hahahah.. ada sebab aku tak belek.. rasa cm nak bagi kat sape2 yg sudi je.. sgala brg2 yg aku dapat, aku dah bungkus kemas dalm kotak.. rasa cm nak decorate balik je bilik aku tu.. hahha.. mesti mak aku geleng kepala lagi... rasanya tahun ni dah 3 kali aku decorate bilik aku tu.. pahni nak jahit langsir baru, jahit cadar baru, cm nak tukar je cat bilik tu.. urmm ape warna tema kali ni plak ek... dulu biru... ermmmm..... nak carik rak buku lagi..haha..banyak sgt novel.. ape lagi ek, nak buat sudut relaxing..kuikui.. nak carik kerusi malas satu la, kalo jumpa kerusi ala cleopatra tu pun best gak, tapi bilik cam x mengizinkan jerk... letak pokok2 sket..hahha.. best nya kalo dah ada umah sendiri, bleh la aku kembangkan idea decoration aku ni...

skrg aku tgh dgr topik pagi era.. tajuk -> tekanan.. kuikui... aku tertekannnnnnnn.... no more..no more.. no more.... nikmatila hidup, buat la ape yang kita mahu, gapaila setiap impian kita kerana kita hanya ada satu kehidupan... senyumla dalam setiap hari yang kita tempuh kerana dgn senyuman mampu memanjangkan usia insyaallah... alwayz think positif.. luahkanla perasaan sayang dan cinta pada org yang kita sayangi kerana peluang yang ada belum tentu akan berpihak pada kita selamanya...


Sunday, 26 June 2005

akhirnya streamyx kembali ke sisi ku....

akhirnya berjaya juga aku menembusi streamyx ni.. setelah 4 hari modem adsl tu rosak... dah 2 kali report baru ok... urmmm... sementara menunggu modem baru, aku sempat la jugak menambah harddisk baru pada pc ni..hahhah... bile nk tukar processor plak, nak tambah ram... ?? rasa nk tambah kipas dalam pc pun ada ni... tapi sayang la, motherboard ni jenis lama plak.. takut x compatible... tukar sket graphic card, tukar monitor..hahaha.. cm kaya je... bosannyer sejak kebelakangan ni... tak sabar rasa nak bungkus kain baju nak jenjalan... cuti2 malaysia... beban keje makin bebannnn...hahaa.. syoknya cuti...

Friday, 24 June 2005

cerita seram.... thanks ma fren Mr.LoBaK

Gini.....ada orang cerita....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih kurang macam cerita mayat bertukar jadi khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak pernah ngikut kat kedua orang tuanya. Bak kata orang , dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini (seorang lelaki) tetap dengan kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.

Nak jadi cerita , ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan selepas kematian ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan perangai buruk yang diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada ayahnya tetapi si ayah sudah pun bersemadi di liang lahad. Barangkali , kerana desakan keinsafan yang semakin menebal dalam diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di kampungnya. Lalu diceritakannyalah perihalkeadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya untuk meminta keampunan daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai kepada anak muda itu.

" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu, tapi keinsafan yang menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu tidak teruk menderita dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya dan bacakanlah talking serta siramlah air di atas pusaranya."

Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin macam mana, sedangkan membaca Al-Fatihah pun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas terhadap hasratnya ke kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan oleh si lebai tadi. Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas air mawar itu di suatu sudut di dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar nanti. Entah macamana, tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air mawar tadi dan dibancuhnyalah teh susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk mengambil bekas air mawar itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah kosong. Lalu bertanyalah anak muda itu kepada emaknya.

" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda.

" Emak dah masak dan buatkan teh susu " jawab si emak.

" Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat.

" Iya...tu atas meja tu, kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak.

" Itu air mawar...saya nak siram atas kubur ayah. " ujar anak muda.

Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah jawapan ini kepada anak lelakinya itu. " La...mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur ayah kau dan siramkan atas kubur ayah kau itu." jawab si emak.

Si anak muda yang lurus bendul itupun membawalah cerek berisi air the susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di atas pusara ayahnya.

Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara ayahnya, lalu tiba-tiba bumi yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar. Dia melihat sekeliling kawasan perkuburan itu, tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu kuat itu. Pun begitu, anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah kubur ayahnya. Dia terpaku apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan dari celahan retakan kubur ayahnyaitu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan berdasarkan kedudukan jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu mula merapatkan jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan tanda " bagus / good " kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu : " BOH ADA UMPHH!!"

THE END.PERINGATAN : ANDA BOLEH BACA CERITA INI, TAPI JANGAN PERCAYA .....

Sunday, 19 June 2005

bz..bz..bz...

sorila..terlalu bz skrg ni.. so no entry la... tatau nk citer ape...

Tuesday, 14 June 2005

TaK InGiN lAgI - mEk MiShA

tidak pernah ku sangka
hatiku kan terluka
dua tahun lamanya ku rela diriku diperdaya

ku hanya diam diri hanya mengira masa
bagaikan mimpi ngeri kau asyik menyiksa diriku

ku tak perlu cinta pergila kau dariku
buang masa saja tak sanggup ku menunggu mu

tak ingin lagi aku membisu
asmara ini bukan untuk diriku

pernah dikau berkata kasih untuk selamanya
kini jelas semua tak pernah kau menyintai ku
ku tahu cinta yang kau mahu bukanlah dariku saja
tak sanggup ku bersamamu kasih
tak ingin lagi aku membisu
asmara ini bukan untuk diriku
tak sanggup lagi aku menunggu
tak ingin lagi ku melihat wajahmu

*hey u girl
*its gotta be joking now
*hey misha
amboi sedapnya mulut menuduhku tak menyinta
isi hati telah kau luahkan
kini tibalah masa utk ku melakukan crita ku buka
bagi ku buktikan ku buat hatimu terluka
tak pernah ku percaya kau terlalu overreacting
bermain kayu tiga nah..
u must be joking
tak sanggup lagi dgr segala tuduhanmu itu
nafikan semua jgnla kau marah tak menentu

tak pernah ku curiga langsung ku tak bertanya
ingin daku lupakan telah ku buang segalanya
kini kau menyinta terima kasih saja
takkan ku diperdaya utk kali yang kedua

ku tak perlu cinta
pergila kau dariku
buang masa saja tak sanggup ku menunggu mu

tak ingin lagi aku membisu
asmara ini bukan utk diriku
tak sanggup lagi aku menunggu
tak ingin lagi ku bersama denganmu




TaK InGiN LaGi - mEk MiShA

Monday, 13 June 2005

Khafi ~ FANTASI CINTA

Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda

Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi

Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku

Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya

Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh

Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya

Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru

Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu

Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu

Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya

Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh

Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya

Takkan tercari semua terletak di hati

Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh

Ku di sini untukmu… (ku di sini untukmu)

Kau bersedialah untuk menerima

Cinta yang takkan luntur…

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya

Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh

Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya

Takkan tercari semua terletak di hati



FaNtAsI CiNtA - KhAfI


Saturday, 11 June 2005

cuba-cubi resepi baru...muhahaha

ape kene ntah aku harini... celik je mata tetiba je suka-suki ati nk memasak... hahhah... turun ke dapur, tgk ada maggi tomyam sebungkus.. dah bosan mkn megi mcm tu.. tetiba hati teringin nk cube-cubi masak piza maggi... ni resepi nyer yer.. hahhah xsangka plak jadi..

pizza maggi tomyam

bahan-bahan

5 ketul cendawan butang di hiris nipis
1 bungkus maggi di celur dan diasingkan
4 biji telur ayam
daun sup sepokok kecil, dihiris
1 keping keju cheddar

cara memasak:

-campurkan semua bahan di atas termasuk perencah maggi dan gaul hingga sebati
-masak seperti membuat telur dadar
-dah bleh mkn..hahhaha....

resepi kedua plak, ni utk mkn tghari tadi aku masak... teringin nk mkn asam.. so terlintas nk masak daging air asam jawa..

daging air asam jawa

bahan-bahan

5 biji bawang merah dimayang halus
4 biji bawang putih dimayang halus
1 cm kunyit hidup dimayang halus
10 biji cili api dipotong
1/2 kilo daging lembu dihiris nipis
10 helai daun kesum(agak2 pun bleh)
1 biji limau kasturi
200 ml air asam jawa(agak2 je amik 2 sudu asam jawa, ikut sesedap lidah)

cara masak
-tumis bawang, cili api, kunyit hingga naik bau
-masukkan daging dan biarkan agak2 4 minit cmtu
-masukkan air asam jawa dan daun kesum, tutup kuali biar daging cepat empuk
-bila dah empuk perahkan sebiji limau kasturi dan letak garam dan gula secukup rasa
-biarkan seketika dan kemudian angkat la masuk pinggan...

dah tu je la... mlm ni pi pasar kekkeke... sedap seh... mak aku puji muahhahhaha... bukan senang nk dengar mak aku puji.. mak aku ngan roslan aziz tu sama je.. bile kritik fuh pedas...muahhaha.. demam malaysia idol.. hahhaha

Thursday, 9 June 2005

saman..saman..saman...

hampeh... geram... hahha.. 1st time kene saman... bengong tul... abih gaji.. ntah bile nk bayar... kene ngan trafik plak... ngong.... huwaaa........

Sunday, 5 June 2005

personaliti bulan discember

nak ni karl, sibuk nk tau pasal bulan kelahiran ko... bagi aku satu pun tak kene pada ko..hahahhahah...baca nih..

DISEMBER

- Sangat setia dan pemurah (karl kedekut..)
- Bersifat patriotik (karl lupe diri, sibuk nk migrate)
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan (ni mmg betul)
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa (ni amat kene pada karl)
- Bercita-cita tinggi (karl nk jadi ***** hahhaha)
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi (karl gile kuasa)
- Seronok didampingi (ermm.. seronok ke)
- Suka bercampur dgn org (hahha..karl pilih kawan)
- Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai (karl suke dibelai.hahhahha)
- Sangat jujur amanah dan bertolak ansur (karl cume suka tolak kawan)
- Tidak pandai berpura-pura (karl cume tahu puri tomato jerk.....)
- Cepat marah (ni aku setuju utk karl)
- Perangai yg berubah-ubah (karl mmg slalu cmnih..)
- Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi (karl x ego ke??)
- Benci pada kongkongan (karl mahu jadi burung..)
- Suka berlawak (karl mana reti buat lawak)
- Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik " (karl suke fikir x logik.)

sekian..haha..jgn marah erk karl...ko tetap baik..aku tahu itu.... muhahahhaha

Saturday, 4 June 2005

fikir dahulu sebelum berkahwin dgn computer programmer??? erkkkk....

Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak - masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang hamba allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang programmer setiap hari.

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?

Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?

Suami: Unknown Virus. ""

erkkkkkkkkkkkkk... aku programmer...tapi aku pompuan..hahhaha..xpee kannn..kann????

rahsia bulan kelahiran...huhu..JULAI

hehhe..terbaca pulak rahsia bulan kelahiran ni.. aku lahir bulan julai.. jom tgk ape sifat2 aku.. semuanya mmg kene la ngan aku :->

JULAI

- Sangat seronok didamping (ramai yg kata)
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti (mmg betul)
- pendiam kecuali diransang (hahha..tepat sekali)
- Ada harga dan maruah diri (nk cabar maruah aku, try la!!)
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan ( :) )
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus (hehhe..yup,tp kene ada cara la..bunga xmain arr)
- Sangat menjaga hati orang lain (aku xsuke lukakan hati org)
- Sangat peramah (ye ker..dlm chatting jerk..ngan kwn2 becokla jugak)
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya (yup..hanya kwn rapatku mengetahui)
- Berjiwa sentimental (alamakkk....kekekke)
- jarang berdendam (xbaik dendam2..xade makneee...)
- mudah memaafkan tapi sukar melupakan (yup...SUKAR NK LUPA!!)
- tidak suka benda remeh-temeh (leceh arr..hahha)
- membimbing cara fizikal dan mental (hahhah emo..psyco!)
- sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang (yup, betul kan kawan2???)
- layanan yg serupa dgn semua orang (yup..fair enuf)
- tinggi daya simpati (tu la pasal....)
- pemerhatian yg tajam (kekekke kengkadang jerk)
- suka menilai org lain dgn pemerhatian (yup..2 or kali pemerhatian)
- mudah dan rajin belajar (hahhaha..ni tepat sangattt)
- suka muhasabah diri (baru2 ni jerk)
- suka megenangkan peristiwa atau kawan lama (dah lama pun)
- suka mendiamkan diri (tgk masa la)
- suka duduk dirumah (alwayzzz...)
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan (hahahhahah)
- tak agresif kecuali terpaksa (yuppp...wachaaaaa)
- lemah dari segi kesihatan perut (sonang betui kono gastrik..)
- mudah gemuk kawal tak kawal diet (masalah utama hahhahha)
- minta disayangi (lonely...mrs lonely...lagu akon best)
- mudah terluka hati tapi lambat pulih (jgn lukekan hati aku kalo xnk kehilangan aku..aku mmg amat perasa orgnya...)
- terlalu mengambil berat (alwayzz.. especially pada org2 yg aku syg)
- rajin dalam membuat kerja (hahhahahha...u know me!!!)

Wednesday, 1 June 2005

sup cendawan..muahahha..sedap seh..

tetiba semlm aku teringin nk makan mushroom sup.. teringat plak rasanya bile aku mkn kat chillies masa bulan 3..huh, dah lama tak mkn sup ni.. pepagi ni aku dah masak sup cendawan ngan nasi goreng ala cina murtad...hahahhah .. meh la try...

resepi -> mushroom sup

bahan2:

½ ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
½ biji ubi kentang, didadu
½ sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau
1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa
1/3 cawan krim atau susu sejat


cara masak:

-Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
-Masukkan cendawan dan tutup periuk.
-Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit).
-Kacau sekali-sekala.
-Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
-Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
-Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar.
-Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti;
-ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
-Masukkan semula sup ke dalam periuk.
-Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
-Angkat dan hidangkan.Letakla daun sup sket..kasi warna warna..sape2 yg gile pedas leh la letak cili api, tapi...xsesuwei...muahhaha

PENTING!!!!

-Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
-Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa macam makan makanan bayi!
-Kalau ikut resepi ni, tak payahlah bayar mahal-mahal sampai RM12 semangkuk sup kat hotel. -Rasanya memang sebijik! Dan bukan macam sup segera dalam tin!!! Nipu semua tu!!!MUAHHAHA