"Bayangkan yang pada suatu hari, kita bangun dari tidur dan mendapati katil yang kita baring semalam dah tak ada.
Bilik yang kita berada semalam juga sudah tak ada. Semua benda yang boleh kita lihat dan kita rasa pun dah tak ada.
Bayangkan kita sekarang bangun dari tidur dan mendapati yang kita kini berada di dalam sebuah tempat yang tiada apa-apa. Tiada apa yang boleh kita lihat dan rasa walau secebis cahaya sekalipun dan sejasad zarah. Perkataan fizikal tidak wujud langsung dalam tempat itu. Inky void, empty space, kosong, absolute zero, gelap dan vacuum.
Apa perasaan kita ketika itu?
Sekarang, bayangkan dari suatu arah tiba-tiba kita nampak katil yang kita baring semalam. Kita hanya boleh nampak tetapi kita tak tahu macam mana nak pergi ke katil tersebut. Kita berusaha – berusaha – dan terus berusaha tetapi masih juga tak dapat nak sampai ke katil itu. Akhirnya katil itu terus pergi dan hilang dari pandangan.
Adakah kita yang semakin hanyut dan menjauhi katil itu atau sebenarnya katil itu yang bergerak meninggalkan kita jauh - jauh dan semakin jauh atau masing-masing menjauhi diri antara satu sama lain. Dapatkah kita tahu?
Sebenarnya kita tak akan dapat tahu samada katil itu yang hayut menjauhi atau kita yang meninggalkan katil itu jauh; kita tak akan tahu. Apa yang kita tahu sekarang ialah katil itu dan kita dah semakin menjauh. Tak kisahlah siapa pun yang mula-mula menjauhi siapa. Yang pastinya masing-masing sudah menjauhi dari diri masing-masing; itu yang pastinya. Isaac Newton mengatakan itu dalam teori graviti'nya.
Dan pada aku teori itu padan dengan kisah cinta dan kita. Cinta itu umpama graviti yang membuatkan kita terus kekal berada pada kewarasan. Tanpa cinta hidup jadi macam tak ada apa-apa makna. Berdiri dalam ruang gelap yang kosong sekosong-kosongnya. Jika ada pun objek yang berada disekeliling, kita tak mungkin tahu atau tahu bagaimana untuk mendekati atau menjauhi; bagaimana untuk merasai dan bagaimana pula untuk mencapainya kerana tanpa cinta, tarikan antara dua insan tak mungkin berlaku dan tarikan pen'dekat'an atau pen'jauh'an juga tak mungkin akan terjadi. Begitulah peliknya mengenai cinta.
Memetik kata-kata oleh seorang ahli matematik Perancis, Blaise Pascal: "The heart has its reason whereof reason knows nothing." Tetapi kita mahukan alasan untuk menerangkan perasaan, terutama sekali mengenai cinta.
Apa yang aku nak tulis nanti mungkin satu alasan untuk memahami cinta tapi bukanlah satu definasi tepat bagaimana cinta harus diterjemahkan kerana pada aku cinta tidak mungkin boleh diterjemahkan, hanya digambarkan.
Bulan lepas aku menziarahi mak saudara aku di Shah Alam. Di rumahnya ada Astro. Aku mengelongsori saluran-saluran yang dilangganinya sehinggalah aku berhenti di saluran National Geographic. Dokumentari hari itu mengenai seorang ahli saintis paling terkenal di dunia, Albert Einstein dengan kisah teori relativitinya.
Teori relativiti menyatakan: "Matter and energy are relative and light are constant." Dia menerangkan: Jika sebuah kenderaan bergerak pada kelajuan 50 km/j ke satu arah, manakala sebuah kenderaan lagi bergerak pada kelajuan 30 km/j ke arah sama, kedua-dua kenderaan sebenarnya bergerak dalam kelajuan hanya 20 km/j lebih laju dan lebih perlahan antara satu sama lain. Dan jika kita menyuluhkan cahaya ke arah kedua-dua kenderaan tersebut, cahaya akan sampai kepada mereka dengan kelajuan yang sama dan tetap dan dalam masa yang juga sama tanpa mengambil kira jarak dan kelajuan kenderaan itu berada sekarang.
Apa yang aku nak cuba katakan, cinta dan cahaya sebenarnya berkongsi sifat yang serupa dan kita seperti matter and energy adalah relative. Andai teori Einstein itu diambil sebagai rujukan, kita akan mendapati persamaan antara cinta dan cahaya dan diri kita sendiri.
Cahaya bergerak pada kelajuan yang sama dan tetap ke semua arah. Tak kira di mana ia dipancarkan, sifat cahaya sentiasa akan memenuhi ruang dan terus bergerak. Dan cahaya juga akan sentiasa sampai kepada sesuatu dalam masa yang sama tanpa mengambil kira jarak sesuatu itu berada.Begitu jugalah dengan cinta. Cinta bersifat memenuhi ruang dan terus bergerak tanpa boleh disekat atau dikurangkan. Seperti, jika kita sedang menyintai kekasih kita, dalam masa yang sama kita juga sedang menyintai ibu bapa, binatang peliharaan, kawan-kawan dan juga kepada Tuhan. Segalanya dalam masa yang sama tanpa mengira di mana orang yang kita sedang cintai itu berada.Jadi, jika ada orang yang datang kepada kamu dan berkata, "Kita hanya boleh menyintai satu-satu orang dalam satu-satu masa" maka katakan saja apa yang aku katakan tadi berdasarkan teori relativiti.Cahaya tidak boleh disekat atau dikurangkan. Al-Khawarismy berkata: "Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah."
Begitu juga dengan cahaya. Cahaya tidak dapat disekat kerana sifat cahaya yang sentiasa ingin bergerak. Cahaya samada akan dipantulkan semula ke arah yang berlainan atau ia akan diserap dan kemudian memberi satu sumber tenaga baru kepada objek yang menyerapnya.
Bukankah cinta juga begitu?Kita menyintai seseorang tetapi orang yang kita cintai tidak membalas cinta kita, ini bukan bermakna cinta kita akan terhenti bergerak selepas cinta kita tidak berbalas, tapi sebenarnya orang itu akan memantulkan semula cinta kita kepada orang lain yang berada disekelilingnya dan ia akan terus bergerak sehingga cinta kita sampai kepada seseorang yang sudi untuk menyerap cinta kita. Dan bila cinta itu diserap oleh orang yang sudi menyerapnya, ia akan memberi satu kuasa baru kepada orang tersebut. Sebagaimana cahaya matahari diserap oleh kulit untuk menghasilkan vitamin D kepada tubuh kita.
Kepada mereka yang putus cinta, cinta sebenarnya tidak pernah putus cuma dipantulkan semula oleh orang yang kita harap akan menyerap cinta kita. Masa saja yang akan menentukan bila dan siapakah yang akan sudi menyerap kuasa cinta kita untuk dijadikan sebagai sumber tenaga bagi dirinya untuk memancarkan semula cinta kita kepada diri kita. Bukankah cinta sentiasa mengenai memberi dan bukan sekadar menerima sahaja.
Tetapi bagaimana kita mahu mengenali cinta yang mana untuk kita dan bukan untuk orang lain?Seperti isyarat radio, cinta juga mempunyai frekuansinya yang tersendiri. Ini yang menyebabkan isyarat cinta tidak pernah bertindih antara satu sama lain. Kita ibarat stesen radio yang memancarkan dan dalam masa yang sama menerima isyarat dari stesen radio yang berlain. Sebab itu kita dapat mengenali cinta dari kekasih kita, ibu bapa kita, binatang peliharaan kita dan juga isyarat cinta dari Tuhan. Masing-masing mempunyai isyarat yang tersendiri dan kita mengenali isyarat tersebut melalui frekuansi yang terdapat pada isyarat itu. Cuma perlu tuning pada frekuansi yang betul dan kita akan mendengar isyarat cinta mana yang sedang kita terima.
Kekadang dalam menerima isyarat cinta, kita mungkin mudah terkeliru. Mungkin kerana isyarat cinta itu terlalu serupa antara satu sama lain dan mungkin juga isyarat itu sudah berubah ketika ia sampai pada kita atau kita yang mentafsirkan isyarat itu dengan cara yang silap. Dalam hal ini mungkin teori 'Noble Silent' dalam konsep Zen boleh diguna pakai. Bukanlah nak suruh kita semua pakat-pakat masuk agama budha dan jadi sami tapi rasanya kaedah yang baik untuk kehidupan tidak terbatas oleh tuntutan agama tertentu.Noble Silent atau dalam bahasa melayunya, kesunyian yang mulia menuntut kita untuk keluar dari lingkup kebiasaan kehidupan untuk seketika. Mengasingkan diri dari dunia meta-fizika dan menyelami dunia spectral. Bertafakul dalam bahasa yang lebih mudah. Di situ kita mungkin boleh lebih memahami erti disebalik pengertian dan persoalan disebalik keraguan tentang kehidupan – tentang perasaan. Saat di mana kita keluar dari rangka jasad dan menilai diri sendiri dari perspective pihak ketiga – devosi kepada Maha Pencipta - bermuhasabah.
Semoga dalam penilaian tersebut kita tidak lagi terkeliru dengan konsep cinta yang pelbagai dan berbagai-bagai rupa.Cinta pada aku adalah abstrak dan datang dalam pelbagai kefahaman. Bergantung pada siapa yang menerimanya. Teori cubisme oleh Picasso dalam lukisan beliau boleh dijadikan gambaran bagaimana cinta boleh dipergambarkan dalam kepelbagaian sudut pemahaman dan pentafsiran. Apa yang kita sifatkan sebagai bentuk asal boleh dijelmakan dalam bentuk yang lain tanpa merubah sifat dan makna cinta itu sendiri.Tetapi rupa dan bentuk akan kerap-kali memberikan gambaran yang berlainan pada orang yang menilainya. Konsep realiti memberikan persepsi yang berbeza bergantung kepada pemerhatian individu. Apa yang kita fikirkan mungkin tidak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Dan ini yang selalunya memberikan kesan konflik pada manusia untuk mendalami makna cinta.Jadi cara terbaik untuk memahami cinta ialah dengan menerima makna cinta mengikut acuan dan pemahaman kita sendiri tetapi tidak menolak persepsi dan pemahaman orang lain yang tidak sealiran dengan pemikiran kita. Dan yang paling penting; fanaticism dalam cinta adalah suatu yang silap dan mereka yang mengamalkannya adalah golongan orang-orang yang kacau mentalnya.
*** Copy from Blog Kawan Tok Ngah
Monday, 17 April 2006
2 Perkara Yang Perlu Korang Bimbang.......
2 Perkara Yang Perlu Korang Bimbang.......
Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya
Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda ...hihiiiiihiii
Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya
Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda ...hihiiiiihiii
Sunday, 16 April 2006
pesanan tok ngah........
Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tp, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli.
Jgn bicarakansoal perasaan bila itu tdk benar2 ada.
Jgn kau sentuh hidup seseorang bilakau hanya berniat main2 dgnnya.
Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apayg kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialahmembuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimanakita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbgpengajaran dan hikmahnya.
Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jgn sampaiterjerumus.
Biar selamba tp stabil.
Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2.
Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakitjika itu yg benar2 dialami.
Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akanlebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdkbahagia dgn mu.
Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang.
Tetapi, lebihsakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.
Tetapi, cinta palingmenyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmuterhadapnya.
Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuhcinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlhmensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak.
Kalausekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akanlayak.
Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta ibarat kupu2.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tp, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.
Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli.
Jgn bicarakansoal perasaan bila itu tdk benar2 ada.
Jgn kau sentuh hidup seseorang bilakau hanya berniat main2 dgnnya.
Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apayg kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialahmembuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimanakita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbgpengajaran dan hikmahnya.
Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jgn sampaiterjerumus.
Biar selamba tp stabil.
Berkongsilah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2.
Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakitjika itu yg benar2 dialami.
Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akanlebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdkbahagia dgn mu.
Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang.
Tetapi, lebihsakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.
Tetapi, cinta palingmenyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmuterhadapnya.
Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuhcinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlhmensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak.
Kalausekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akanlayak.
Biarkan dia pergi dan lupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)