Thursday, 24 March 2005

renungan.....

Lihatlah di sekeliling anda. Atau lebih elok lagi, pejamkan mata dan fikirkan.. apakah yang sebenarnya kekal pasti dalam hidup anda sendiri? Tentunya bukan karier, pangkat atau harta. Tentunya bukan kecantikan paras rupa. Tentunya bukan segala kebijaksanaanyang hanya setitis air di tujuh lautan.Yang kekal pasti hanyalah segala kebaikan yang telah anda lakukan serta segala pengorbanan tanpa meminta balasan. Yang memberi erti adalah 'dia'dan mereka yang sentiasa di sisi tidak kira masa atau ketika.Dalam setiap kehidupan manusia tentunya akan
ada seorang 'dia'. 'Dia' yang memberi anda ispirasi, dia yang memberi anda sokongan, dia yang akan menangis jika anda menangis, dan yang mampu memberi ketenangan di saat-saat anda
tidak mampu meneruskan kehidupan. Fikirkan sejenak dan menilai kembali segala yang milik anda ketika ini, kerana dalam kehidupan manusia seringkali kaca disangka berlian dan berlian yang tulen digadaikan tanpa berfikir dan belas kasihan.Anda harus tahu penyesalan akan datang untuk menyeksa jika anda cepat terlupa. Apatah lagi bila kita melakukan kejahatan kepada seorang manusia lain yang tidak pernah letih dan jemu berbuat kebaikan demi kebaikan untuk memberi ketenangan buat diri kita.Pedoman yang terbaik datang daripada pengalaman yang kita harungi walaupun segalanya akan berubah dan tidak kekal, dan peluang-peluang seterusnya tidak mungkin datang untuk menebus kembali kesalahan - Kehidupan harus diteruskan. Kita tidak boleh berputus asa dan kesedaran adalah suatu hadiah yang akan mengingatkan kita agar tidak cepat terlupa. Hadiah yang perit, tapi harus diterima jua.Siapakah 'dia' untuk anda? Siapa pun dia, never take this person for granted. Setiap hari yang anda hadapi bersama, bermakna kurangnya satu hari daripada apa yang telah ditentukan untuk anda bersama. Hargai semua mereka yang membawa makna dalam hidup kita yang sementara. Sementara kita masih mampu.. "Kata mereka yang tahu, kita selalu terlupa dengan apa yang kita miliki, hinggalah ianya hilang kembali."


p/s...aku pun tak tahu yang mana menghargai yang mana permata yang mana menyayangi seikhlas hati....semuanya terhalang kerana keadaan.....

No comments:

Post a Comment