Tuesday, 17 May 2005

innalilla hiwainna ilaihi rajiun

Murid mahu hadiah guru kerongsang maut nahas

Oleh: ZAINI RABAN

KLANG 16 Mei - Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang, tengah hari ini.

Kemalangan menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, hendak melintas jalan bersama kerongsang yang disimpan dalam kocek baju dan dibeli khas buat Ustazah Hanizah.

Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain.

Tiba-tiba sebuah treler yang dipandu laju terus meluru ke arah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang itu.

Melihat keadaan yang mencemaskan itu, kira-kira 10 murid sedang melintas jalan terus berlari menyelamatkan diri.

``Bagaimanapun Nur Salina tidak sempat berbuat demikian. Mangsa terus dirempuh oleh treler dan terperosok di bawah kenderaan itu. Ketika itu saya lihat mangsa masih hidup dan cuba untuk berlari semula menyelamatkan diri.

``Sebaik sahaja merangkak untuk berlari, tayar belakang treler itu pula menggilis mangsa,'' kata pengawal lalu lintas sekolah berkenaan, Ahmad Abdul Rashid @ Ahmad, 58, kepada pemberita hari ini.

Ketika kejadian, katanya, kenderaan dari Pelabuhan Klang telah berhenti bagi memberi laluan kepada kumpulan murid berkenaan.

Bagaimanapun sebuah treler dari arah bertentangan terus meluru laju dan menggilis mangsa.
Sementara itu, Arliza berkata, kerongsang tudung berkenaan dibeli bersama anak sulungnya itu Sabtu lepas setelah didesak berkali-kali oleh mangsa.


``Nur Salina membeli dua kerongsang tudung sebab mahu hadiahkan kepada dua gurunya iaitu satu untuk Ustazah Hanizah manakala satu lagi untuk gurunya di sekolah kebangsaan,'' katanya.

Dalam pada itu, kemalangan tersebut telah mengundang kemarahan penduduk tempatan hingga menyebabkan treler membawa muatan cerucuk konkrit itu dibakar sekumpulan lelaki.
Pemandu treler berkenaan yang mempunyai status penduduk tetap dan berusia 35 tahun pula teruk dibelasah orang ramai.Dia mengalami cedera ringan.


Pemangku Ketua Trafik Daerah Klang, Cif Inspektor Ruslan Ramli berkata, pemandu treler berkenaan sempat diselamatkan setelah polis tiba di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

``Polis bagaimanapun kecewa dengan tindakan orang ramai yang membakar treler berkenaan kerana ia merupakan bahan bukti utama kes tersebut,'' katanya.

Jenazah Nur Salina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang kira-kira pukul 7 malam ini.

eina menulis dan mengomen :
->
ermm..lagi budak kene langgar treler... kat tempat aku dah byk kali org kg mati kene gilis lori... geram jugak.. diorg yg bwk lori ni xde perasaan ke nk bawak slow sket.. dah tau tu kawasan sekolah, kawasan kampung, bukan highway... dah tau badan lori tu besar so sedar2 diri la supaya bwk tu berhemah sket... kat tempat aku tu, dah sampai TV3 buat liputan pasal jln berlubang disebab kan lori2 yg lalu kat kaw ni... kalo setakat lori kecik tu xpe la, ni siap treler lagi yg lalu, lori minyak, lori simen yg besar gajah tu... blom lagi lori2 tanah yg bwk mcm pelesit.. tolong la duk perasan sket no yg daya momentum hang pa tu semua tinggi, so bile brek emergency, sure terlajak punya... kesian arwah, memuda lagi tu.. dah ajal..Allah lebih menyayangi dia...

kes ekcideen yg melibatkan lori yg paling aku ingat adalah tahun 2003, time aku praktikal kat uitm shah alam.time tu time puasa..dah nk buka dah time tu... sekali jln utama kuang-sg plong jem..aku musykil gak memula, aku ngat org korek paip(biasenyer gitu la) rupe2nya bile sampai time aku lalu.. ade 2 mayat kat tgh2 jln... jelas depan mata mcm mana hancur mayat tu.. yg kesiannyer kat sisi mayat tu ada lauk pauk yg aku rasa baru di beli utk berbuka... (al-fatihah utk yg terlibat) terus xde selera aku nk berbuka dan menggigil lepas tu bile bwk krete..skrg dah xfobia dah...hehehhe

apa pun berhati2 di jalan raya dan ingatla org yg tersayang...kempen ni...!


No comments:

Post a Comment