Sunday, 30 January 2011

rindu...

Selain rindu pada incik suami, aku juga rindu pada satu aktiviti ni.... Tgh tgk majalah 3, ada pasal cerita pengawal peribadi.. Ada la dipaparkan pasal diorg belajar tembak.. Pistol p99..

Sepanjang hayat aku, aku cuma pernah guna pistol smith .38 , walther p99 dan HK mp5 je.. iskkk..rindu plak nak pi lapang sasar..

Home Alone..

Sedang berseorangan (ala-ala berani) di rumah. Incik Suami bersama rakan-rakan seperjuangan bergerak ke Jitra jam 10.20 pagi tadi untuk Jamboree Basikal..

After hantar my hubby kat opis tadi, aku , asma , iman & kak ani (bini din) singgah sebentar kat bakal rumah baru kami.. Agak luas... Harap2 bleh la pindah masuk dalam masa terdekat ni.. huhu satu barang pun blom kemas lagi.. ngat awal2 ni buat transit dulu kot..

Dalam jam 11 baru gerak balik  ke rumah bonda dan ayahanda tercinto.. Balik hari je.. Request kat mami, teringin nak makan mee tepung.. Dengan penuh kasih, mami pun masakkan la.. sambil diperhatikan oleh saya.. heheh.. Lamo woo tak makan masakan mak..

Dalam jam 5 baru bertolak balik ke kkb.. Tapi.. singgah dulu pasar bukit beruntung.. asma pesan daging.. aku pun nk beli barang dapur..pusing-pusing, beli barang basah, then balik.. owh ya, belikan juga permainan untuk iman..

Sampai taman, singgah rumah asma dulu, bagi daging... Then balik rumah.. ngat nak tido rumah as mlm ni, tapi bila dah masuk rumah, jadi malas pulak nk kuar..xpa la..

Now, watching tv.. ngantuk sebenarnya... miss my hubby..

Monday, 24 January 2011

My feeling right now..

Secara jujurnya aku sangat beremosi sekarang ni. Sangat Emosi!.. Sedang berusaha merasionalkan diri..  Selama ini aku rasa sangat penat bila berhadapan situasi begini.. Mungkin dah bahagian aku.. Namun aku tidak menyalahkan takdir, jauh sekali redha dan tidak berusaha memperbaiki keadaan..

Selama ini aku ingat aku kuat, tapi..entah lah.. Bila setiap kali aku berhadapan situasi begini, aku lebih ambil pendekatan bahawa dia akan berubah.. Tapi bila sudah berulang kali berlaku, aku rasa lebih baik aku menjaga diri dan perasaan aku sendiri.. Aku benar-benar lemah.. Kosong fikiran. Aku tahu aku mungkin tidak sempurna, tidak seperti yang dia impikan.. tapi aku bersyukur kerana aku tahu Allah telah menciptakan aku dengan cukup sempurna sekali.. Noktah.

Gaji

Hari ni bagi sesiapa yang bekerja dengan kerajaan seperti saya, boleh mencetak slip gaji melalui web.. Esok gaji masuk.. Tapi yang buat sakit hati, gaji saya masih ditolak kwsp.. Tinggi lak tu!..Apakah maknanya status berpencen kalo kwsp masih ditolak? wahh.. dah la aku nk pakai duit lebih bulan ni.. Tak puas hati sungguh!

Saturday, 22 January 2011

Baby- its bubble time...



agak lama my baby tak mandi.. hahah.. rasanya last cuci dalam pun bulan 4 tahun lepas kot.. cian my baby..

aku suka cuci kat carwash sini.. kedai ni sebelah kedai makan komando, belakang maybank KKB.. dia cuci agak cermat dan bersih sangat.. RM 12 jerk utk stok2 mpv dan "perasan mpv".. kereta biasa rm 8 jerk.. sila lah.. sila datang mencuci di sini..

Suatu malam di malam hari

Malam tadi, saje je lepak dengan incik suami.. tgk2 nama-nama islam dan maknanya..

  1. Rayyan Ziqri

  2. Rayyan Najmi

  3. Qisya Raihanah

  4. Qisya Amani


Sedap tak nama-nama ni? Incik Suami sangat suka nama Rayyan (incik suami sebut 'rian' instead of 'rai-an)..i like qisya & amani..

Thursday, 20 January 2011

Cuti Thaipusam

Saya sangat suka bekerja di selangor berbanding di kuala lumpur dahulu.. Ini kerana di selangor sangat banyak cuti umum yang akan saya perolehi..antaranya adalah cuti thaipusam seperti hari ini..  Sementelah tahun ini juga cuti umum banyak jatuh pada hari bekerja.. yehaaa.. boleh luangkan banyakkkk masa bersama keluarga..

Kepada semua penganut hindu, saya mengucapkan selamat menyambut perayaan thaipusam aka Pongal kan? Saya tak tahu mengenai perayaan ini tapi tadi masa lalu di kuil di kerling , suasana sangat meriah sehingga jalan JEM.. hehhe.. Tak sempat pulak nak ambil gambar orang yang angkat kabadi (betul kan?).. sangat goges la bulu burung merak tu.. sure merak togel..

itu sahaja karangan saya untuk hari ini.. hahahha

hayatilah momen-momen yang ada semasa perayaan thaipusam...

 

Tak berat ke bang?



Limau kah itu? euwww.. cik tek's dengan limau-limaunya.. korang ado?



kenapa kene cucuk-cucuk macam ni? ewuu ngeris



wohooo.. hindu jugak ka?



lelong..lelong... kelapa bergerak



abisla.. esok penjual nasi lemak mogok..



yeah.. saya sangat sukaaaaaaaaa

Monday, 17 January 2011

Apa yang buat saya tension hari ini?

Malam tadi aku demam tiba-tiba.. bermula selepas waktu maghrib, tetiba badan panas dan gusi terus bengkak.. badan panas dalam.. siap ada selsema lagi.. air mata mengalir je.. Incik Suami pulak kejap2 chatting kot, kejap2 usap pipi aku..pastu sambung chat balik..

Pagi tadi awal2 pagi dah keluar ke opis, catat rekod aku punch card jam 7.20 pagi..hehe.. incik suami terlibat dengan pendaftaran rekrut ATM - PDRM..

Sampai pejabat, bos mintak statistik  respon Gegar Email PDRM.. nasib baik dah siap.. SM pulak sampai cerita yang bos aku nak lelong 3 staf kami utk pertukaran dalaman.. respon aku -> ^&%&^$%(**&%^&&$@>:<>@!!!!!!!) .  Pastu SM cakap budak kecik tu nak berhenti kerja pulak, sebab nak tumpu bisnes.. respon aku --> ()&*(&^&^^&&^$^$%$*(^*&^*^9!!! brengsek lah!

Setelah meredakan kepala, aku pi pasar beli nasi lemak. ahhh persetankan mereka semua!

itu lah perkara yang buat aku tension pagi ini.. pasni apa pulak nak jadi aku tatau la..

Saturday, 15 January 2011

Percutian 2 hari 1 malam di hospital selayang

warded on 13th januari for sleep study.. dah la incik suami xdapat cuti., dapat pulak bilik sorg..huwaa..seram ok..







Monday, 10 January 2011

result AJL

persembahan terbaik : faizal tahir (hanyut)

vokal terbaik : hafiz (noktah cinta)

tempat ke 3 : hafiz (noktah cinta)

tempat ke 2 : MUH & black (drama king)

juara : ana raffali (tolong ingatkan aku)

soooooooo..and soooooooooo... juri tak layan lagu ganas2 kot..heheh

AJL 25 malam ni..

sanggup masak and dinner awal hari ni semata-mata nk tengok AJL 25.. hope sama cemerlang seperti tahun lepas.. aku tahu, Ramli MS takkan mengecewakan penonton..



pengacara : ally,cheryl dan fbi... tgk iklan promo pun dah kelakar giler..

1st persembahan : yuna (cinta sempurna)

- faizal berseloroh kata piano yuna membesar dengan jayanya.. hehe..ye lah,tahun lepas dia bawak piano kanak2 tu.. kali ni bwk piano betul... persembahan yuna not bad..

2nd  : tomok (berlari)

-wohooo.. dulu aku xminat new boys dowh.. tapi bila dia dah membesar ni, perghh.. i loike!..

3rd : A.P.I (pelita)

-aku suke banget lagu ni.. mix of 6 indi band..walla

4th : shahir(kebahagiaan dlm perpisahan)

-ermm.. lagu sedap, tapi ntah aku xsuke dia..hahah

5th : black & MUH (drama king)

-fabulous!.. paduan mantap

6th : hafiz (noktah cinta)

-so..so.. aku suka lagu ni, penyanyi tak suka..hehe..aksi tembak tak jadi derrr!

7th : ana raffali (tolong ingatkan aku)

-aku suka dia, pakaian xover mcm sesetengah penyanyi lain..

8th : faizal tahir (selamat malam)

-one of my fav song.. adik dia anas tahir pe cer ha skrg? . about performance.. sangat unik.. persembahan start dengan khairiah yang sedang usap perut..ucap semalam mlm kat baby..huhu.. scene ke 2, mak si nani ngan adik dia, scene ke 3,aziz satar with wife.. unik..

9th : addira (ku ada kamu)

-persembahan ok je..lagu dia sedap

10th : bunkface (extravaganza)

-not bad..

11th : black (sofea jane)

-aku suka la suara dia

12TH : faizal tahir (hanyut)

-kebanyakan lagu ft ni aku suka.. lirik dia unik.

13th : stacy (jahat)

-dia lincah, tu kelebihan dia

14th : hujan (mencari konklusi)

-another good song

Saturday, 8 January 2011

Happy 1st anniversary..

Still remember a year ago.. its really difficult for us to decide to buy a new car. At first we planned to buy an Exora.. But our friend told that perodua will launch a new car end of dec.. so we wait for the day and compared both model.. my husband prefer alza.. so we make a booking, and walla, on 7hb jan 2010, we drove to home safely with new car..

now....



happy birthday to our baby... sangat cemerlang berkhidmat dengan kami.. setelah setahun begini lah jumlah KM yang kami telah lenjan...



40772 KM sudah...hehe.. orang lain semua mungkin baru nak masuk servis free ke 3, tapi kami dah masuk servis ke 40000km..

Thursday, 6 January 2011

dunia...

duk membaca berita di surat khabar hari ini sambil menggeleng kepala..

berita 1:

demi kuasa, manusia mudah jadi alpa... apa dia ingat jadi MB tu dah abis besar daripada sultan? Apa dia ingat selama-lamanya dia akan jadi MB? Apa dia lupa, kalo tak kerana 'tuah PKR' dia akan berpeluang jadi MB? Itulah MB Selangor.. Jangan lupa wahai MB Selangor, kuasa sebenar-benarnya berada di tangan rakyat.. Jaga hati rakyat..

berita 2:

kes mykad.. mak bapak kawen sedap2 kat thailand, tak pikir panjang.. kalo kahwin ngan org thai, pandai2 la daftar kat malaysia. Ni tak, lengah2 kan proses pendaftaran. Pastu bini dah terberanak, anak dah kuar 3 ,4 org, baru nak register. Bila JPN tak boleh keluarkan mykad, duk salahkan JPN. Ingat JPN suka-suka ke nak kuarkan mykad tu kad org ni, kat org tu xnak kasi mykad??. Apa ingat JPN ni macam pasar malam? Please la jangan tunjuk kebodohan sendiri. Surat khabar pun satu, kalo nak siarkan berita, kasi la siarkan berita yang betul2 bernilai.. ni tak, kuar berita yang terang2 memang bila dah baca , leh tau masalah tu adalah berpunca dari org tu sendiri.. tak pasal-pasal jadi bahan kutukan. dan tak pasal-pasal jadi bahan utk blog aku ni kan!

berita 3:

kes buang anak... pasal ni aku kalo setiap kali baca, doa kat bawah ni la aku hadiahkan utk org yang buang bayi ni!:

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau mandulkan lah orang yang buang anak ini, supaya dia menyesal seumur hidup dan tidak akan berpeluang langsung untuk menimang cahaya mata, kerana memang dia manusia yang tidak pernah bersyukur!"

aku sangat sakit hati. Bayi tu tak berdosa, kenapa nak buang. Buang kat tong sampah la, tepi jalan la. Duniaaa..

berita 4:

Promotion Notebook : core i7.. errr... ni bukan isu.. tapi nafsu nak beli notebook baru sementara berkira-kira notebook lama kasi adik. hehe..

Wednesday, 5 January 2011

tired...

hari ini hari yang sangat memenatkan.. sebenarnya tak lah sibuk mana, mungkin sebab badan xsihat sangat kot.. pagi-pagi dah kene selsema (lama xkene after op aritu).. jam 8 sampai pejabat, makan biskut pastu makan ubat. Then dlm jam 10 keluar pi tg malim ngan dearest hubby utk ambil road tax kat ambank.. yehaa our baby bakal mencapai umur 1 tahun.. kejap je rasa.. then jam 11.45 sampai pejabat.. buat nota  bla bla bla.. jam 2.30ptg masuk kelas.. sampai la jam 4.30 petang.. student xnak take 5 pun.. aku pulak yang penat. tapi xpa, demi curahan ilmu..then jam 5.15 hubby ajak pi minum.. pi la order chicken chop 1 tapi garpu mintak 2..hahah.. sebab besar sgt ayam tu, tau sangat dah aku sure xleh abiskan.. xelok membazir woo..

then jam 6.15 masuk pejabat balik , print pulak bahan utk nak tampal pada white board.. senarai kursus utk tahun ni.. wah .. gunting gunting..tampal-tampal.. sekali dah jam 7.15 mlm... hubby dtg pastu punch card then balik. mandi solat rest.. NOW? duk berblog pulak sambil buat nota utk esok ni.. gigih! padahal ngantuk dah ni..

Esok kelas start jam 11 pagi sampai la 4.30 ptg.. hope esok bangun dengan badan yang sihat... k nak sambung buat keje balik..

Tuesday, 4 January 2011

Planning is important

yeah.. really important.. bukan planning buat keje ye.. tapi planning cuti.. apa kes planning cuti di kala baru 3 hari tahun 2011 kan? ada ku kesah? hehehhe

ptg tadi di kala en.suami bermain futsal, bini dia pula sibuk menelek peta semenanjung malaysia..(sabah serawak xmasuk lagi dalam hati).. Plan macam nak tour 1 semenanjung.. ambik cuti 1 minggu, jenjalan cari makan dari selatan ke utara..wahhhh... harap2 jadi kot tahun ni.. aminnn...

Monday, 3 January 2011

Blogwalking..

Sedang berblogwalking..tetiba terbaca satu artikel pasal diet atkins.. http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html

Wah.. sangat teruja sehingga membuatkan hati rasa macam nak diet esok sahaja... Imbas balik semula..berat aku sebelum kahwin +- 70kg. Bila dah kahwin, tahun pertama naik mencanak.. plus problem hormon.. sehingga lah aku didapati menghadapi OSA (Obstruct Sleep Apnea). Masa tu berat aku 96kg..hahah berat kan.. Now, tahun 2011.. alhamdulillah..

Hati sangat berbunga.. harap next week leh turun lagi ya.. ape pun, berat mr.naim macam dah takkan turun jerk..hahahha..

It's Over...

Hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum esok menjelang tiba.. ISnin... Adoyai.. macam mana ni.. baru je nak masuk hari ke 3 tahun 2011 tapi dah xsemangat? hehhe

Bukan ape.. esok start kursus intensif komputer.. my class will be held on tue, wed, fri and next monday... dah lama xmengajar so bile kene mengajar balik ,macam blur2 chick sket..

Tahun ni dah tekad, "buat kerja setakat yang mampu sahaja".. xnak paksa diri dah, bukan dapat pape pun.. memang la xelok nak harap balasan atas segala kerja yang dibuat, tapi sekurang-kurangnya hargai la.. g pun tahun ni memang nk jaga kesihatan diri.. i love my self n my family..

Ya Allah, permudahkanlah segala tugasan yang ku terima.. Kurniakan lah rezeki yang amat kami harapkan selama ini...amin..

Sunday, 2 January 2011

Pabila emak mengadu...

just receive a call from my mom.. mengadu tentang my lil bro yang baru lepas spm tu.. mom kata opie slalu kuar ntah pi mana.. ermm aku target pi cc je,xpun lepak ngan kengkawan.

Dahtu mak kata nk suruh opie pi keje kilang sebelum dapat masuk u.. wooo.. tarak aci wooo.. dulu aku pas spm nk keje kilang mom xkasi, now adik bleh plak..cet...

after bubling for half n hour, mom suh balik rumah esok..bagi tazkirah kat opie..kekekke..siap ko dik esok!

Saturday, 1 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Pejam celik pejam celik tahun 2010 dah pun melabuhkan tirainya.. 2011 muncul hari ini.. Tahun ni rasanya tak pasang azam ape-ape kot..Cuma berharap tahun 2011 ni , kami sekeluarga dimurahkan rezeki dan hidup sihat sejahtera.

Seperti tahun sebelumnya, me n hubby sambut tahun baru kat tempat kerja.. Ada function tapi tahun ni dan seperti tahun lepas xbest..heheh.. No further comment pasal function malam tadi. Cuma sekalung tahniah kepada sesapa yang dapat hadiah..

Untuk hari pertama bagi tahun ini, hari dimulakan dengan breakfast nasi lemak + roti canai dan popiah basah.. Incik Suami kesian kat bini dia yang tidur lambat dek penangan function malam tadi.. Hari senin ni kursus dah mula pulak.. adoyai.. Hope dapat buat yang terbaik utk mencurahkan ilmu di dada kepada murid-muridku sekalian..

Prima : Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang

currently watching this drama with hubby.. Starring by Intan Ladyana, Bob Lokman & dunno sape ntah..

This story is about Paklang (Bob Lokman) has adopted son called Along. Pak Lang falling in love in first sight with Laila (Intan Ladyana). His son jealous and also afraid if his father will leave him after married with Laila.. He do anything to make Paklang leave Laila but never realise that he also just in love with her.

End of the story, Paklang change his mind and let his son to marry Laila.

Genre : Romantic Comedy.. not bad..