Thursday, 6 January 2011

dunia...

duk membaca berita di surat khabar hari ini sambil menggeleng kepala..

berita 1:

demi kuasa, manusia mudah jadi alpa... apa dia ingat jadi MB tu dah abis besar daripada sultan? Apa dia ingat selama-lamanya dia akan jadi MB? Apa dia lupa, kalo tak kerana 'tuah PKR' dia akan berpeluang jadi MB? Itulah MB Selangor.. Jangan lupa wahai MB Selangor, kuasa sebenar-benarnya berada di tangan rakyat.. Jaga hati rakyat..

berita 2:

kes mykad.. mak bapak kawen sedap2 kat thailand, tak pikir panjang.. kalo kahwin ngan org thai, pandai2 la daftar kat malaysia. Ni tak, lengah2 kan proses pendaftaran. Pastu bini dah terberanak, anak dah kuar 3 ,4 org, baru nak register. Bila JPN tak boleh keluarkan mykad, duk salahkan JPN. Ingat JPN suka-suka ke nak kuarkan mykad tu kad org ni, kat org tu xnak kasi mykad??. Apa ingat JPN ni macam pasar malam? Please la jangan tunjuk kebodohan sendiri. Surat khabar pun satu, kalo nak siarkan berita, kasi la siarkan berita yang betul2 bernilai.. ni tak, kuar berita yang terang2 memang bila dah baca , leh tau masalah tu adalah berpunca dari org tu sendiri.. tak pasal-pasal jadi bahan kutukan. dan tak pasal-pasal jadi bahan utk blog aku ni kan!

berita 3:

kes buang anak... pasal ni aku kalo setiap kali baca, doa kat bawah ni la aku hadiahkan utk org yang buang bayi ni!:

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau mandulkan lah orang yang buang anak ini, supaya dia menyesal seumur hidup dan tidak akan berpeluang langsung untuk menimang cahaya mata, kerana memang dia manusia yang tidak pernah bersyukur!"

aku sangat sakit hati. Bayi tu tak berdosa, kenapa nak buang. Buang kat tong sampah la, tepi jalan la. Duniaaa..

berita 4:

Promotion Notebook : core i7.. errr... ni bukan isu.. tapi nafsu nak beli notebook baru sementara berkira-kira notebook lama kasi adik. hehe..

No comments:

Post a Comment