Secara jujurnya aku sangat beremosi sekarang ni. Sangat Emosi!.. Sedang berusaha merasionalkan diri.. Selama ini aku rasa sangat penat bila berhadapan situasi begini.. Mungkin dah bahagian aku.. Namun aku tidak menyalahkan takdir, jauh sekali redha dan tidak berusaha memperbaiki keadaan..
Selama ini aku ingat aku kuat, tapi..entah lah.. Bila setiap kali aku berhadapan situasi begini, aku lebih ambil pendekatan bahawa dia akan berubah.. Tapi bila sudah berulang kali berlaku, aku rasa lebih baik aku menjaga diri dan perasaan aku sendiri.. Aku benar-benar lemah.. Kosong fikiran. Aku tahu aku mungkin tidak sempurna, tidak seperti yang dia impikan.. tapi aku bersyukur kerana aku tahu Allah telah menciptakan aku dengan cukup sempurna sekali.. Noktah.
No comments:
Post a Comment