1- Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah temasuk pegawai kontrak, pesara kerajaan yang akan dibayar pada Disember ini.
(Alhamdulillah.. jadi lah.. lepas utk insurans kereta Januari 2011..hehe.. Tapi kenapa tak bg 1 bulan gaji eh? syiok sket window soping..ishh .. bersyukur la tu kan..)
2- Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari kepada penjawat awam.
(Tapi tertakluk 300 hari..ok latu.. anak pertama amik la 90 hari.. anak kedua dan seterusnya.. amik 1 bulan jerk..haha)
3- Elaun Pengerusi JKKK,JKKP,Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.
(Tahniah la Tok Batin Angai kg SG Jang.. RM500 dapat, elaun tok batin naik.. xmau open table kah?)
4- Elaun imam dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan elaun bulanan guru KAFA naik daripada RM500 kepada RM800.
(Tahniah la imam-imam.. ni Ustaz Azman tak masuk sekali list kan?..nan ado !)
5- Gaji pokok pengawal keselamatan naik RM500 hingga RM700 sebulan mulai Januari 2011.
(They deserve to get it.. Nyawa jadi pertaruhan.. Gile..keje jaga wang juta-juta, gaji RM500 jerk?)
6- Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.
(Patut lama dah.. pasni sila la semak gaji pekerja awam ya..)
7- Pelepasan cukai perubatan ibu bapa sehingga RM5000.
(Alhamdulillah.. ibu bapa lebih bernilai dari segalanya..errr.. rekues to PM -> mak mentua ngan pak mentua xleh masuk list kah? haha)
8- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
(Ye ke..? ermm Tak berminat kot.. enset yang ada pun takat guna utk call, sms & amik gambar.. fungsi lain yg berlambak tu jarang digunakan..)
9- Pemansuhan duti import 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan sehingga 30 peratus.
(Baru sat tadi tgk iklan "Sokongla Barang Malaysia"...camne tu?)
10- Pinjaman 100 peratus tanpa deposit kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan kurang RM3000.
(Sama je sebenarnya.. tanpa deposit = tinggi insurans... pilihan di tangan anda..)
11- Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang dijangka siap 2015.
(adakah menara ni akan jadi seperti KLCC? Suria KLCC pun mcm utk org kaya jerk!)
12- Tiada kenaikan tol di empat lebuhraya PLUS selama 5 tahun.
(Alhamdulillah..sangat bersyukur.. jimat sket nk balik kg.. Tapi kalo mansuh pun bagus kan..hahaha)
13- pTK mansuh... hahahha.. baru plan nak amik tahun depan tapi mansuh dah? pasni dia nk nilai cmne eh? Kalo keje ngan PDRM ni lupakan je la.. huh menyampah aku!
No comments:
Post a Comment