Malam semalam,ntah kenapa, aku buka kembali album perkahwinan kami.. 16 Ogos 2010, genap 2 tahun usia perkahwinan kami.. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dugaan dapat ditempuhi bersama..
13 Ogos 2007 - Tarikh keramat aku bertentang mata dengan dia.. Entah kenapa, macam ada satu tarikan.. Tarikh ini juga lah aku dikehendaki lapor diri di sini.. Persahabatan terjalin, tapi tanpa ada sebarang perasaan.. Hanya sebagai rakan sekerja.
Hari berlalu tanpa disedari.. entah bila kami mula rapat. Aku senang bila dengan dia. Aku rasa dia juga begitu. Kami sama-sama masuk kumpulan koir. Bila habis latihan, keluar minum sama-sama. Bercerita tentang kerja dan apa sahaja. Dia juga bercerita tentang sisi dirinya. Hepi je rasa. Sebenarnya aku rasa selamat bila keluar dengan dia.. Macam best friend.
Sehingga satu hari, dia lelaki pertama aku bawa jumpa org tuaku. Takde pape pun ikatan antara kami masa tu. Hanya kawan kerja. Rasanya kebetulan aritu kami sama-sama mahu balik ke kkb. Dia dari KL, aku pula seperti biasa, weekend mesti di rumah keluarga. Aku jemput dia di stesen komuter, dan singgah di rumah keluarga aku. Time ni kelakar jugak. Papa yang pendiam selama ni, tiba-tiba bleh plak jadi wartawan tanya itu ini kepada en. naim ( soalan apa tatau..kene tanya beliau.. aci kerat jari, dia pun gigil.. haha)
pastu, rasanya kami xterus balik kkb, tapi pi mid valley..hahaha.. duk2 jalan mkn angin.. tetiba dia pegang tgn aku.. aku pun ntah, macam ada satu arus letrik mengalir.. dan tetiba jadi pemalu macam kucing.. macam dah meresap satu rasa ape ntah.. (time ni kot baru sedar hati dah terpaut)
sejak tu.. makin rapat.. my parents pun suka ngan en.naim (pandai betul en. naim amik ati ye!).. sehinggalah bulan 2 2008, En.naim ajak balik kg dia pulak.. (giler ah..dah sampai sana, pergh ramai betul sedara mai lawat..segan gile)
pendek cerita - 30/3/2008 bertunang la kami berdua.. 16/8/2008, bersatu lah kami sebagai suami isteri.. Alhamdulillah.. selamat semuanya.. Majlis di kedah pula pada 15/11/2008.
Nak tau macam mana en.naim lamar pn. eina?? sangat tak romantik ok! sampai aku pun tak percaya..dia ni main-main or serius..
alkisah akhir tahun 2007, rumah sewa yg aku duduk tu dicerobohi oleh org gile seks. ntah sape hendap.. so mcm agak risau la.. so as best frenz la (aku pun tatau time ni kami kapel ke..kawan ke.. sebab en.naim xde pun ajak kapel kan... macam ala-ala syok sendiri je kan.. hahah), aku duk la sms ngan dia, kata risau la bagai kan.. so ptg tu dia ajak cari rumah lain.. tgh2 duk sms tu.. tetiba en.naim sms "JOM KAWEN NAK?"..
gila kau xberdebar!. padahal masa sms tu aku duk bilik sebelah dia je (kami 1 department ok!).. siap jenguk leher tgk muka dia lagi.. pastu aku diam.. actually aku duk sms ngan ninie plak..wakkaka.. tanya pendapat dia.. ceh..ceh..
pastu ptg tu..time cari rumah..dlm kereta..aku tanya..serius ke?.. betulla... ( dan sebab tu la kami tunang dan kawen dlm tahun yg sama..hahah)...
tu la kisah jodoh kami.. padahal aku nk citer bende lain sebenarnya ni.. bengong!
No comments:
Post a Comment