Thursday, 7 October 2010

Cerita Pendek hari ini..

Memang sangat seronok kalo dengar orang mengumpat pasal orang lain. Lepas tu ada pulak nasi tambah nyer lagi..

Alkisah pagi tadi.. si A datang bertanya khabar kepada si B dan si C.. Lepas bertanya khabar, si C ni mmg tgh khusyuk mengadap laptop. Si A dan si B ni mula lah sesi mengumpat pasal si D.. secara tak sengaja kene la si C ni pasang telinga kan.. Telinga bionik ni.. ishh kalo telinga tak peka, xde la wujud blog ni kan..hahahha.

Topik hari ini adalah tentang CURANG.. Si A bercerita tentang kecurangan si D. Hahaha.. aku gelak ok.. (ooppsss.. si C la..hahah).. Begini ceritanya.. Si D ni baru di transfer (ke tempat yang tak boleh disebutkan namanya) pada hujung tahun 2007.. 1st impression nampak si D ni sangat OK! Kiranya sangat 'family man' bak kata penjajah.. xpernah marah.. soft spoken.. attitude ok.. penampilan sangat menarik..

Tanpa di sangka.. jangan tgk luaran sahaja.. Banyak dah kecurangan dia terbongkar.. Isteri si D xleh terima kenyataan.. Sanggup tuduh si A adalah punca keruntuhan akhlak siD ini.. Sedangkan si A ni hanya berkawan dengan si D ni sejak tahun 2008.. now dah 2010, baru 2 tahun beb.. Si D ni curang ngan bini dia sejak 8 tahun yang lalu.. isk isk isk.. Dan banyak la lagi cerita... malas nk citer kat sini..

Cuma satu je la aku nk highlight.. Aku kurang berkenan la lelaki curang ni. Xkesah la lelaki ke perempuan ke.. X elok tau curang tambah lagi kalo pasangan sangat la baik.. Aku berdoa supaya perkara-perkara begini dijauhkan dari keluarga aku.. Aku xlarat nk hadapi.. Lagi satu aku tau sangat diri aku.. takut aku makin keras hati.. Ya Allah jauhkan la..

Kepada si D.. insaflah.. kelakuan anda diperhatikan..

No comments:

Post a Comment