ermmm dah lama tak taip something kat blogger ni..dalam beberapa hari ni, aku bermuhasabah diri, cuba mengenali diri ini, dan mencari ape tujuan hidup ini.. dan hari ini masih bermuhasabah...cuba memotivasikan diri..manusia tiada yang sempurna, masing2 ada kecacatan sendiri dan cubalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada..
btw, pagi ni ada jgk sedikit sebanyak dugaan yang aku tempuh, menunggu selama 1/2 jam kat dalam kereta tapi member aku tak sampai2, kata nak tumpang pi sri hartamas. mungkin dia ada hal sikit, takpelah bersabar ajela...akhirnya sampai juga org yang di tunggu.kami bercerita tentang ajal dan maut.dah dua hari entah kenapa topik ni yang menjadi minat aku.dan mungkin juga kerana kelebihan aku dapat merasa pemergian org yang aku sayang sebelum ajal mereka membuatkan aku minat berkongsi pengalaman aku dengan member aku tu.for me aku bersyukur dapat perasaan begitu, sekurang2nya aku dapat menginsafkan diri dan perbanyakkan amal ibadat serta bertaubat kepada Allah serta minta diampun kan dosa2 aku yang lalu..
selepas sesi bercerita, dia pun dah sampai destinasi dan aku pun teruskan perjalanan ke ofis ni.arini sampai lambat sikit dalam 8.30 pagi.tapi takpe still ada masa lagipun masuk ofis pukul 9.bile nak cross jalan depan ofis aku, satu lagi dugaan yang Allah berikan, aku tiba2 terjatuh , aku pun musykil sebab aku rasa macam terlanggar batu besar, sakitnya hanya Allah saja yang tahu.nasib baik kereta yang lalu sempat berhenti kalo tidak mungkin aku tercedera.bayangkan my head lagi berapa inci kat bumper depan, mengucap panjang aku.driver tu pun panik but dia tolongla papah jugak..nice person..then pas say sorry aku jalan la dengan kaki tempang nyer...tiba2 hati aku berfikir, mungkin Allah mahu bagi peluang kepada aku untuk hidup lagi supaya sempat menunaikan tanggungjawab aku dan perbanyakkan amal ibadah aku..hanya Allah yang lebih mengetahui..apapun aku REDHA....ermm sambung lain kali, kaki dah bengkak ni, nka carik ubat..wassalam...
kekekekee....tu arr len kali jln bukak mata leluas..hehehe....
ReplyDelete