Sunday, 6 February 2005

Mencari Bahagia (Sekadar Renungan)

Artikel ni saya amik dari majalah dara edisi julai 04 and saya ingin kongsi dengan rakan2 saya yang saya sayangi..hayatilah...

Kebahagiaan merupakan impian setiap insan yang hidup di atas muka bumi tuhan. Kenapa manusia berkeluarga bekerja seharian? kelaur pagi, baliknya malam. adakah sekadar ingin mencari sesuap makanan? makanan sememangnya satu keperluan untuk meneruskan hidup yang dikurniakan tuhan. manusia sebenarnya mendambakan kebahagiaan. sama ada sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang dicari oleh setiap insan.
namun hidup tak semanis impian.kebahagiaan bukannya milik setiap insan. ada insan malang yang tidak pernah mengecap nikmat bahagia kerana hidup dari kecil hingga dewasa dilingkari duka nestapa.
manusia mungkin sependapat bahawa kebahagiaan perlu dicari dan diusahakan. namun adakah manusia sependapat dalam menentukan elemen dan resepi kebahagiaan? pastinya tidak. pelbagai keyakinan tersemat di dada yang akhirnya menjadi juru pandu kepada hala tuju segala gerak laku.
tidak sedikit yang benar-benar percaya dan yakin bahawa harta adalah penentu kebahagiaan. 'ada duit semua jadi'; itulah ungkapan keramat yang sering kedengaran.
sememangnya manusia amat rakus mencari harta. benarlah sabda baginda bermaksud: "sekiranya anak adam memiliki satu lembah emas, pasti dia mahukan dua lembah emas. dan tidak mungkin dapat memuaskan hatinya melainkan tanah(mati)" (hadisriwayat bukhari dan muslim daripada ibnu abas). tapi bolehkah wang berjuta membeli kebahagiaan? bolehkah harta bertimbun membeli ketenangan?
manusia boleh membeli ubat, tetapi mampukah dia membeli kesembuhan? manusia boleh membeli pelbagai makanan berkhasiat, tapi mereka tak mungkin mampu membeli kesihatan. manusia boleh membeli rumah yang indah lagi selesa.kereta besar, laju dan kompetitif pasti mampu dimiliki oleh hartawan dan jutawan. namun adakah ia jaminan kebahagiaan?
ramai yang kaya sentiasa diburu kebimbangan harta yang dimiliki akan luput dan hilang dari genggaman . tidak kurang yang keresahan lantaran anak teruna kesayangan menjadi samseng jalanan. atau anak dara yang tidak pulang malam, keluar berfoya-foya dengan jantan yang pelbagai ragam.banyak sekali hartawan terlantar kesakitan bertahun2tahun lamanya. puluhan ribu duit dilaburkan untuk kos rawatan. namun dia gagal membeli "kesembuhan". jiwanya resah gelisah memikirkan nyawa yang bakal melayang dek penyakit yang menyerang.mampukah manusia di kala itu mengecap kebahagiaan? di manakah punca kebahagiaan?
manusia sentiasa resah dan gelisah. inilah penegasan al-quran bermaksud: "sesungguhnya manusia dicipta dalam keadaan resah. apabila terkena malapetaka dia tidak keruan. apabila mendapat kebaikan dia pula enggan memberi, kecuali orang yang mengerjakan solat." (al-ma'arij, ayat 19).
apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini? bagaimana solat boleh menghilangkan keresahan dan seterusnya mencipta kedamaian dan ketenangan? ceritanya begini: kebahagiaan sebenarnya bermula di ahti. hati yang bahagia terpancar pada wajah yang ceria. hati yang gundah-gulana , resah gelisah dicerminkan oleh wajah yang mendung dan tingkahlaku yang tidak ketahuan. bagaimana pula hati yang boleh bahagia? hati pasti mengecap kebahagiaan apabila kedamaian bertakhta di hati. kedamaian pula dilahirkan oleh jiwa yang tenang dan tabah menghadapi segala pancaroba kehidupan.
bilakah ketenangan dapat dikecapi oleh seseorang? ketenangan adalah satu nmikmat yang dikurniakan oleh allah. allah berfirman bermaksud:'ialah allah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman" (al-fath ,4). ketenangan ini pula hanya menjadi milik insan apabila ia sentiasa mengingati tuhan yang mencipta dirinya dan alam ini. jesteru , allah berfirman bermaksud: "Ketahuilah, dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang."(Al-Ra'd,28)
Dalam keadaan manakah manusia paling ingat kepada Allah? Ketika solat! Solat merupakan tempat manusia paling ingat kepada Allah. Segala gerak laku dan bacaan solatnya semata-mata dilakukan kerana Allah. dia menyerahkan dirinya kepada Allah. ketika itu dia sangat hampir dengan Pencipta dirinya. Baginda bersabda bermaksud: "seseorang hamba itu paling hampir dengan tuhannya ketika sujud." (Hadis riwayat Muslim dan An-Nasaei). Jesteru itu orang yang mampu membebaskan dirinya daripada belenggu keresahan ialah manusia yang sentiasa mengingati Tuhan dengan mengerjakan solat.
Apakah yang dimaksudkan dengan mengingati Tuhan? Bagaimanakah manusia boleh mendapat ketenangan apabila mengingati Tuhan? Mengingati Tuhan bererti menyedari bahawa Allah maha Berkuasa.Dia maha berkuasa memeberikan ketenangan kepada manusia. Dia juga Maha Berkuasa menjadikan jiwa manusia resah gelisah.Jesteru manusia perlu sentiasa memohon ketenangan dan kedamaian daripada Allah.
Mengingati Allah bermaksud mengingati bahawa Allah yang menentukan segala kejadian . Allah yang menurunkan musibah dan kesusahan yang selalu menjadikan manusia sentiasa resah dan gelisah. Allah jugalah yang mengurniakan nikmat dan kebaikan yang menjadikan manusia tenang dan ceria. Allah berfirman bermaksud:"Katakanlah wahai Muhammad: Tiadak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah penaung kami" (At Taubah, 51)
Kesusahan dan musibah dikenakan Tuhan kepada insan yang disayanginya untuk diberikan pahala dan ganjaran di hari kemudian. Setiap musibah yang menimpa dirinya menggugurkan satu dosa dan menambahkan satu pahala untuk dirinya. inilah yang dijelaskan dalam beberapa hadis antaranya hadis Riwayat Tirmizi. kesedaran dan keyakinan inilah yang menjadikan manusia yang beriman sentiasa tenang menghadapi segala dugaan kehidupan. ketenangan inilah yang melahirkan kedamaian seterusnya kebahagiaan di hati dan perasaan. jesteru bahagia hanya dikecap oleh insan beriman yang sentiasa mengingati Tuhan serta percaya kepada qada ketentuan buruk dan baik daripada Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment