something that i wanna share wif my frenz...
wanita amanah kepada lelaki
Rasulullah s.a.w dalam wasiat sebelum kewafatan baginda yang disampaikan melalui khutbah wida' kepada umat islam menasihati mereka agar mengawasi dan memelihara wanita sebagai satu amanah. tugas dan tanggungjawab ini ditujukan khusus kepada lelaki yang berperanan sebagai suami, bapa, abang atau adik dan umumnya khalifah Allah di bumi ini.
Baginda bersabda yang bermaksud:"takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah" (riwayat muslim)
lelaki dikurniakan Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran matang dan beberapa kelebihan lain. sebaliknya , wanita diciptakan dengan sifat lemah lembut, pemalu dan tidak agresif. justeru memang wajarlah lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanh menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindunganb kepada wanita.
Allah berfirman bermaksud:"kaum lelaki iutu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka." (an-nisa, 34)
malah orang lelaki juga berkewajipan membimbing wanita yang lebih banyak dipengaruhi oleh emosi dan tekanan perasaan. ini selaras dengan sabda rasulullah yang bermaksud: "sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya), ia akan patah, dan sekiranya engkau membiarkan nya, maka ia akan terus bengkok." (riwayat muslim)
No comments:
Post a Comment