Thursday, 30 December 2010

Congratulations to Malaysia Team

Tahniah pasukan malaysia kerana berjaya menjadi juara tadi.. Lebih bangga lagi bila PM umum esok adalah cuti umum..hehehhe..



Muka-muka ceria selepas menang piala.. Permainan yang dipamerkan sangat mengagumkan..  Sangat berbangga dengan penjaga gol malaysia : khairul fahmy kerana tangan beliau sangat berbisa untuk menangkis serangan dari indonesia.. juga safee kerana tendangan yang sangat tidak disangka..



Selamat berada di Malaysia.. Congatulations again.. To Indonesia, kalah menang adat bertanding, anda kalah, tidak bermakna anda tidak bagus, cuma tiada tuah..

Kepada Jupe : "Tak nampak pun coli laser anda??" hahaha



Jika pemikiran singkat, jangan la keluarkan statement yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah negara anda sendiri.. kesian...

Wednesday, 29 December 2010

Welcome Back Zellina!

wohooo.... ehem.. assalamualaikum wahai rakan ku sekelian (intro baik punya.. macam la ada org bacablog ko ni ina!.. haha)

Setelah 2 minggu meninggalkan teratak kesayangan , akhirnya aku kembali.. sangat penat ok!.. tapi berbaloi-baloi... hilang stress bila duduk kat kampung.. tengok sawah yang terbentang luas, layan anak buah husband.. dan macam-macam lagi..

Berkenaan kursus pulak, alhamdulillah,syukur pada Allah SWT, lulus jugak aku untuk exam MOS PP2007.. Berkat doa semua, dan juga doa dan kata-kata perangsang berserta rangsangan dari suami tercinta...hahah.. i love you honey!..

Kami bergerak balik ke teratak tercinto hari sabtu actually.. sabtu malam ok! punya malas la rasanya nk balik, tapi demi kerja..ye la takkan nk makan gaji buto kan.. jam 10 malam gerak la kami berdua.. tidur sebentar di hentian kat Bukit Merah tu, harus la kan.. ngantuk tu... jam 1.45 pagi bergerak semula.. sampai di kkb jam 4.30 pagi..  tetiba perut kanda dan dinda lapar pula.. kedai semua dah tutup.. apa lagi, zass la ke dapur, masak air, bancuh teh o demi kanda yang di sayangi.. uihhh perut laki kene jaga ko.. pas cicah biskut kering (dah itu je yang ada.. dalam esbox kusung..)

Owh ya... teringat pulak.. masa on the way balik.. sangat ngeri ok!... ada la 2 bas ekspres ni.. tanpa segan silu, bawak terlalu lajuuuuuuuuuuu... kami saja lah try kejar, nak gak tau berapa laju dia bawak.. sekali kau! 130KM/j ok! Bas Ekspress Seasons.. Kalo macam ni la cara pemandu tu bawak, no wonder la eksiden sana sini.. Korang tau la kan, jalan highway kat perak tu, sekitar bukit gantang, nak sampai terowong menora pun punya la berbukit, bleh bas tu speed lagi 110 naik bukit tau! turun bukit lagi la ya rabbi!!!.. iskk.. sangat takut .. Kepada sesapa yang balik kampung naik bas, ati-ati la no.. Memang tak semua bas ekspress bawak laju, tapi yang bas ni BAS SEASONS ok!..

klah, Perut dah lapar, mandi tak lagi..isk.. daaaa..

Saturday, 11 December 2010

Prof Hamid Arshat - 3rd appoinment

Semalam subuh macam ada sikit kesan seolah mcm period..ngat nk tunggu sampai fresh blood keluar la, tapi until now still xde dtg lagi fresh blood..

semalam call klinik disebabkan petang ni dah nak balik kedah for 2 weeks dan bekalan ubat pun dah kehabisan.. bila call semalam, ada jugak la bagitau pasal kesan yang keluar tu.. so nurse suruh datang pagi ni untuk ambil ubat..

So pagi ni datang tak jumpa pun prof. Nurse cakap just continue saja ubat yang sedia ada dan tentang clomid, prof pesan supaya rest dulu for 1 month. Tanya la jugak nurse, kenapa kesan sikit tu je keluar padahal sepatutnya lepas makan clomid blood akan keluar lancar.. Staff nurse lagi sorang mintak nurse yang tadi tu ambil rekod fail aku.. dia teliti then dia kata, sepatutnya lancar la.. so dia kata just continue ubat, dan lepas 1 minggu, kalo masih fresh blood xdatang, check upt lagi.. kalo negative, hold lagi 1 week dan ulang balik check upt sampai la 3 kali kalo xdatang blood dan masih negative, kene datang klinik balik.. tapi kalo positive, aku kene stop makan ubat saw palmetto dan adipex...

nurse jugak pesan jangan stress... insyaallah ada rezeki selagi period xkeluar... aminnn.....

Thursday, 9 December 2010

KES - tv3

KES - Kronologi Ekslusif Siasatan

Kes kali ni tentang pembunuhan seorang andartu bernama rokiah di Bemban, Melaka.. Punca pembunuhan adalah bermotifkan dendam kerana cinta tidak berbalas.. mati akibat 7 tikaman oleh 2 suspek... iskkk..agak ngeri bila dipaparkan gambar kejadian..

Tuesday, 7 December 2010

Dakwah Muharam - TV3

currently watching this drama.. mcm ntah pape ntah... macam nk popularkan kumpulan sofaz plak..hehe.. Liyana Jasmay? adoyaiii....

monday blues

hari ni kerja..esok cuti maal hijrah.. rabu dan khamis kerja.. jumaat pulak ambil cuti tahunan sampai la 17 dec.. pastu sambung pulak kursus kat sg petani sampai 24 dec..  27 dec baru masuk pejabat.. alahai..bahagia rasanya hidup..

Monday, 6 December 2010

dinner


  1. Nasi Daging

  2. Kangkung Goreng Belacan

  3. Telur Dadar

  4. air sirap


 

burkkk.. alhamdulillah kenyang sudah.. incik suami sampai rumah dalam kul 3.30 ptg tadi... miss u

lazy sunday

duduk sorang-sorang kat rumah. Incik suami kene standby di ofis harini untuk ops. sian saya kan..

breakfast pagi ini adalah spageti bolognese.



kejap lagi nak keluar beli paper dan tomato. Incik suami request nak makan nasi daging..

Friday, 3 December 2010

wierd..

sender : +6285246494067

to : me

mesej : "Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128640597 Ayah lgi ada msalah kat balai Police. Pasalmane ayah btuh skrang."

aku : nak menipu pun agak-agak lah.. bapak aku bukan orang 'sana' la ngeng!.. diorg ni dah xda kerja ke? memanjang asyik menipu jer!

oscc - Joomla Fundamentals - day 2

arrived @ oscc 7.50 a.m... Today will learn how to create an article & how to create a form to interact with database.

soooo sleepy coz slept at 1.00 am.. playin game..hahahha..

will cont. later.. chow..

Thursday, 2 December 2010

oscc - Joomla Fundamentals - day 1

currently @ OSCC for Joomla Fundamentals training... still can access and updating blog eh? hahah who cares... i loike..

Woke up this morning @ 4 a.m.. wah... depart 5.15 am... miss my beloved hubby... tonight i will stay at my mom's house for 1 nite only.. cannot 'tahan' lor tinggal my hubby lama-lama..

about class, quite interesting.. although i know the basic, but i still have to learn more officially..

hopefully i can use this knowledge for my new website.. for office website? how? i dont care..! hahahha

Wednesday, 1 December 2010

Hectic Life - December

1 & 2 dec - off to OSCC Cyberjaya for CMS Joomla Course

4 dec - attend KL Autoshow 2010 @ PWTC

5 dec - attend MAHA 2010 @ MAEPS Serdang

9 dec - fetch BIL & family @ Hentian Duta

10 to 18 dec - annual leave (Back to Hometown - Kedah)

10 dec - off to Cameron Highlands with BIL & family

11 dec - off to Baling with BIL & family, SIL & Family

19 to 24 dec - off to INTURA Sungai Petani for MCAS Powerpoint 2007 course and examination

25 dec - attend Balqis's wedding @ Perlis (officemate)

26 dec - return home

31 dec - doc's appointment @ Selayang Hospital

PDRM Traffic Summons Compound

Starting 1 December 2010 , any summons appeal will follow mechanisme below:

For summons received after 1 december 2010:

  1. summons settled within 15 days will get automatically 50% intensive

  2. summons settled within 15 days to 30 days will get automatically 30% intensive

  3. summons which not settled after 30 days will get maximum compound and will be black list


For summons received before 1 december 2010 , 50% intensive will be given.

p/s : based on KDN Minister speech in Dewan Rakyat.

Saturday, 27 November 2010

Balik Kampung

Petang ni jam 5.00 petang me n hubby akan bergerak balik ke pendang. Anak lelaki BIL sunat. Kenduri hari ahad. Harap selamat sampai di sana.. Risau jugak time hujan nak jalan jauh...

Monday, 22 November 2010

planning

cuti selama 6 hari telah diluluskan.. yehaaa... 9hb 12 balik kampung.. pastu continue dengan kursus kat intura kedah.. so bulan 12 hanya 2 minggu saje masuk pejabat.. hahahha.. i loike!

Sunday, 21 November 2010

sakit ati + kecewa giler-giler

alkisah... me and hubby pi la mcD kat rawang nun hah.. teringin punya pasal.. setelah menghadapi jalan yang sememangnya jem kat rawang tu,sampai la kami di mcD.. masuk la laluan drive-thru... aku order :

  1. Big Mac Large Set 1

  2. Double Cheese Burger Large Set 1

  3. Big n Tasty Burger only 1

  4. Sunday choc 1


Total up : RM 36++...

Di bahagian serahan , depa hanya bagi 2 milo dan 1 sundei... pastu suh tunggu kat parking.. its ok.. sebab aku masih dlm mood hepi lagi la kan.. pastu xlama kemudian, budak mcD tu kasi la selebihnya diikat dlm satu plastik.. aku pun xcheck la coz dah biasa kan beli.. On the way balik, kami mkn la fries.. hubby yang amikkan..

sekali dah sampai rumah.. sangat berkobar ok!.. punya la xsabar nk mkn burger tu.. sekali bila dah bukak, laki aku hanya tunjuk ada 1 burger dan 4 ketul nugget? what the hell??? burger dah la Mc Chicken saje tau.. arghh... sangat tensyen.. kira-kira, total up xsampai 20 hinggit.. ni mesti kes budak tu silap kasi..huwaaaaaa..

end up aku syahdu gile.. kecewa gile.. huh!..aku benci mcD Rawanggg!!!!!

Thursday, 18 November 2010

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha for all muslim...

Tahun ni kami beraya di kuang. My mom buat korban di surau.. cuti 1 hari saje.. Gambar lembu x ambil sebab segan la nk capture pic tengah2 orang ramai tu.. hahaha..

Tuesday, 16 November 2010

dizzy..

a bit dizzy since afternoon.. not sure why.. i think its a time to change my spectacles. or maybe i had migraine.

Hope there's a good news for tomorrow.. half day leave? hopefully... My hubby will attend a driving classes tomorrow afternoon, until 6pm.. after that we will going back to my parents house to celebrate Hari Raya Aidiladha... Will come back on wednesday evening...

Monday, 15 November 2010

blues weekend

nothing interesting... went back to my mom's house on saturday morning. Having some chitchatting, buying groceries, and go home @ 1.00 pm.

Today, sent my hubbby to driving class (yes, driving class.. he still dont have any driving license) @ 8.45am. Waiting for him inside the car .. do some sketching for new system. 10.30 am we go to market to buy some breakfast (mr. naim's wife so lazy this weekend..hahha) . Savely arrived @ 11.20am..

Tomorrow is monday.. Wish if i had a long vacation... Sadly my year leave only 6 days balance. Will finish up my leave starting 6th December until 26th December.. On Leave for 6 days and remaining for MCAS Powerpoint 2007 course @ INTURA....Wish me luck...

update...

just call my BIL.. He's on the way to Sultanah Bahiyah Hospital together with my FIL.. My MIL follow my SIL to hospital by ambulance..

pieces of glasses entered her right eyes.. swelling on her mouth.. not really sure about her condition right now. Trying hard to call MIL...

Hopefully my SIL recover soon...

Adik Ipar Kemalangan

Co-incident... Actually my hubby just want to call his younger sister, to ask news about my PIL.. Call 3 times but no answer.. Suddently he received a call from his cousin (she using my SIL phone), informed they had an accident. motorcycle hit them from front side.. OMG!.. They sent my SIL to Alor Star Hospital just now.. Not sure about her conditions... a bit worry..

Please pray for my SIL... Still waiting for an update from PIL... if critical, maybe we will go back to Pendang tonight..

Wednesday, 10 November 2010

Belum rezeki....

Dari malam tadi perut dah rasa lain macam.. Suppose this morning aku nak check upt, tapi apakan daya... period keluar awal... alangkah sedihnya... Menitis air mata.. tipu lah kalo aku kata xkecewa, tapi akhirnya aku redha... Thanks sayang!..U give me the strength..

Pagi ni call balik Klinik Dr Hamid, nurse kata prof pi mekah tunai haji.. Alhamdulillah..semoga semua selamat.. The best part is, before he go, he prescribe all the medication for me.. siap pesan kat nurse, incase i call, bagi ubat tu pada aku. Rasa bagus sangat dapat gynea camni..

So tengahari tadi call hubby , kata nk ajak pi klinik amik ubat.. Dalam kul 1 bertolak dari kkb.

Continue balik ubat metformin, adipex & saw palmetto for 1 month. Also clomid 4 biji for 5 days. . 2nd cycle for me... By dec, if still not conceive, maybe either iui or try biodex plak.. Ya Allah.. Permudahkan lah rezeki kami untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah... amin....

Tuesday, 9 November 2010

TV3 : Asmara



Sedang menonton drama Asmara.. Owh My God.. I like faezah elai.. comel giler..



comel kan.. kan..kan... hehhe.. soooo goges...

sila abaikan asmara ya..

p/s : arghhh..sakit ati pulak aku tgk cerita ni.. dari Tria, abang si Melati, dan bapak mentua asmara, semua mangkuk!

TV3 - Lagenda Budak Setan



me n hubby pi tonton filem ni masa 1st day ditayangkan di TGV KLCC.. Gosh.. Sangat kagum dengan lakonan Que Haidar..boleh? kekekkek.. siot dowh. Scene dia mengamuk, aku rasa macam kesian je si Lisa Surihani kene tibai.. Dalam hati masa tu "perghh..&^*&%&*%  Que!" Bikin darah tinggi je kan..

Now drama plak aku tonton.. Sangat sakit hati pada si Nasty, dan mak si Ayu tu!



kalo aku la kan, berdepan ngan laki macam si azmi tu, perghh.. aku ngat aku bleh bertukar jadi macam Que dowh..! hahah.. Kasik sedebik P99 18 das..rasainnnnnnnnn!

p/s:  baik la aku baca novel je.. sekurang-kurang nya, kalo sakit ati aku tutup jerk buku tu.. ni tgk tv, ngan laki lak tu..takkan tetiba aku nk tutup tv kan? boleh bang?

Monday, 8 November 2010

Lunch Hour

1.00 pm until 2.00 pm..

Masa untuk berjimba ria.. keje kalo buat sampai bile pun takkan habis kan.. jadi, sebagai manusia yang normal, marilah sama-sama kita berehat sambil bermain game..hahhahah ..

idok lah.. xkoser aku nak peningkan kepala main game yg ntah pape dlm lappy ni..

weird...

Smell something.. macam bau tauhu goreng.. iskkk... tauhu goreng mende tengahari buta kat opis sensorg ni.. bior benor..!



dan tak semena-mena terus loya.. arghh...

Sunday, 7 November 2010

Menu hari ini



kue teow goreng for breakfast



ikan cencaru bakar (hasil pancingan en. suami) for lunch



tomyam campur for lunch and dinner.

urkkk..alhamdulillah.. konyang sudah.

Peraduan Kumpul dan Menang Mingguan Wanita

Thanks a lot to my hubby yang sudi membelikan majalah mingguan wanita so that saya boleh sertai peraduan ini.. hahaha

will submit this form tomorrow..

Aksi si Afaf



aksi-aksi budak afaf yang amat pelik.. terlalu hepi pulak dia hari tu.. dah xleh nk panggil baby afaf coz bakal dapat adik tahun depan.. kene jugak tukar jadi KAKAK AFAF, tapi aku tetap nk panggil MAKCIK AFAF.. sure dia muncung..hahha

In pain..

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, rasa sangat sakit pada kedua-dua (.)(.) aku.. start sakit sejak awal bulan ni.. bila sakit tu datang, (.)(.) rasa sakit sangat terutama kat puting.

Sakit plak dalam pukul 9 pagi , 4 petang, 10 malam dan awal pagi jam 5.45 pagi (tepat tu masa sebab aku akan terjaga time ni disebabkan sakit yang terlampau..)

ada sesapa tau sebab apa eh? Kalo itu petanda untuk rezeki yang aku dan hubby tunggu, aku rela terima sepenuh hati..

Friday, 5 November 2010

Seharian..

Berpinar dah mata bila seharian mengadap laptop.. Gigih tu duk ubah layout, tambah page.. manually plak tu.. Alhamdulillah berubah juga rupa blog ni...

p/s : Kekenyangan makan spagetti.. Cik abang seharian tidur.. xpenat ke bang?

Sunday, 31 October 2010

hai..hai..hai..

fuh... abis berabuk blog ni.. lama dah tak coret sesuatu.. actually amat tensen last week.. now sedang cuba mengawal stress agar tidak memudaratkan..

sedang menanti satu berita.. berdebar.. sedang berharap dan berdoa agar rezeki yang ditunggu selama ini akan muncul sedikit masa lagi..

p/s :  Thank you so much my lovely hubby.. you are always by my side sama ada susah dan senang..

Tuesday, 26 October 2010

Prof Hamid Arshat - 2nd Appointment

Got 2nd appointment with prof this morning. Keluar dari rumah jam 6 pagi with my belove hubby. Sampai pukul 8 pagi. Macam biasa isi perut dulu kat kedai mamak di bawah klinik.. Jam 8.25 pagi baru naik ke klinik yang terletak di tingkat 1.

Agak lama jugak tunggu kali ni. Mungkin prof masuk lambat sebab ada hal. Dalam jam 9.30 pagi baru lah sampai giliran kami. Seperti biasa, prof amat peramah dan bertanya keadaan aku.. Alhamdulillah semua ok. Prof minta aku masuk ke bilik scan untuk scan telur.

This is the picture of my eggs. Ada dua telur yang matang dan insyaallah akan membuahkan hasil.. Agak menakjubkan sebab 2 minggu sebelum ini terlalu banyak telur di dalam ovari aku..

Prof nasihatkan kami cuba secara normal. Start dari hari ni, mesti bersama setiap hari. Prof juga nasihat agar kami berdoa dan cuba untuk rileks dan nikmati saat yang ada. Prof juga bekalkan ubat untuk pecahkan telur supaya dapat berlaku persenyawaan dan seterusnya insyaallah ada la rezeki kami.. amin...

Sunday, 17 October 2010

Berakhirnya nikmat..

pejam celik dah abis pun cuti seminggu.. alahai.. bosannya.. esok dah mula balik rutin sibuk aku.. adoyai..

semalam dalam pukul 9 baru hubby sampai. banyak juga ikan yang dapat.. sah-sah la bulan 12 kot baru abis stok tu.. xperlu dah pi pasar beli brg basah, makan je la ikan tu.. jemu kan..hehehhe

asoi..nk pi tandas jap..sakit perut.. daaa

Saturday, 16 October 2010

Bajet 2011

1- Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah temasuk pegawai kontrak, pesara kerajaan yang akan dibayar pada Disember ini.

(Alhamdulillah.. jadi lah.. lepas utk insurans kereta Januari 2011..hehe.. Tapi kenapa tak bg 1 bulan gaji eh? syiok sket window soping..ishh .. bersyukur la tu kan..)

2- Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari kepada penjawat awam.

(Tapi tertakluk 300 hari..ok latu.. anak pertama amik la 90 hari.. anak kedua dan seterusnya.. amik 1 bulan jerk..haha)

3- Elaun Pengerusi JKKK,JKKP,Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru dinaikkan RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.

(Tahniah la Tok Batin Angai kg SG Jang.. RM500 dapat, elaun tok batin naik.. xmau open table kah?)

4- Elaun imam dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan elaun bulanan guru KAFA naik daripada RM500 kepada RM800.

(Tahniah la imam-imam.. ni Ustaz Azman tak masuk sekali list kan?..nan ado !)

5- Gaji pokok pengawal keselamatan naik RM500 hingga RM700 sebulan mulai Januari 2011.

(They deserve to get it.. Nyawa jadi pertaruhan.. Gile..keje jaga wang juta-juta, gaji RM500 jerk?)

6- Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

(Patut lama dah.. pasni sila la semak gaji pekerja awam ya..)

7- Pelepasan cukai perubatan ibu bapa sehingga RM5000.

(Alhamdulillah.. ibu bapa lebih bernilai dari segalanya..errr.. rekues to PM -> mak mentua ngan pak mentua xleh masuk list kah? haha)

8- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

(Ye ke..? ermm Tak berminat kot.. enset yang ada pun takat guna utk call, sms & amik gambar.. fungsi lain yg berlambak tu jarang digunakan..)

9- Pemansuhan duti import 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan sehingga 30 peratus.

(Baru sat tadi tgk iklan "Sokongla Barang Malaysia"...camne tu?)

10- Pinjaman 100 peratus tanpa deposit kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan kurang RM3000.

(Sama je sebenarnya.. tanpa deposit = tinggi insurans... pilihan di tangan anda..)

11- Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang dijangka siap 2015.

(adakah menara ni akan jadi seperti KLCC? Suria KLCC pun mcm utk org kaya jerk!)

12- Tiada kenaikan tol di empat lebuhraya PLUS selama 5 tahun.

(Alhamdulillah..sangat bersyukur.. jimat sket nk balik kg.. Tapi kalo mansuh pun bagus kan..hahaha)

13- pTK mansuh... hahahha.. baru plan nak amik tahun depan tapi mansuh dah? pasni dia nk nilai cmne eh? Kalo keje ngan PDRM ni lupakan je la.. huh menyampah aku!

Boring..

Keseorangan sebenarnya skrg ni.. mana taknya, encik suami pukul 12 malam tadi dah bertolak ke lumut ngan kengkawan pejabat demi melayan hobi memancingnya itew..

aku plak suppose pukul 11 ni ada kelas kek tapi last minute dapat sms kata kelas tunda 7hb nov.. owh tidak... apa aku nk buat ni sensorg kat rumah? ada cadangan ?

Selangor VS Kelantan



perghhh!!.. sangat sakit hati ok! main macam hape ntah. huh!..

p/s : ni yang aku malas nk tgk bola tau.. buat sakit hati. nasib baik la tak tertendang en.suami..hahaha.. tensen dowh!

Choc Moist Cake & Cheese Cake

Sebelum kepergian en. suami, beliau ada request nak mkn kek coklat.. ok no problem.. demi suami yang ku cintai..

Maka.. sejak pukul 11 pagi tadi aku bertungkus lumus lah di dapur.. ye la.. boring gile tatau nk wat pe.. sediakan bahan-bahan dan mula memasak..



untuk cheese kek, aku guna tepung ni..senang.. nerves sebenornye..1st time buat..



mula-mula campur 3 biji telur size A + 150gm mentega.. mix kan sampai kembang semangkuk gitew.





then masukkan tepung cheese kek,gaul rata.



tadaaa... siap sudah..



ni verse cupcake lak..

kek coklat mana?????

Dalam oven lagi daaa...

Maxis



sangat tension ok! seharian maxis network macam hampeh!..arghhhh....

skandal ?

sedang berada di dalam kereta sambil beronline live dari parking pdg futsal in my work place. Incik hubby ajak teman dia main futsal.. aku kan isteri mithali.. kene la pi kan..

owh ya.. ada cerita menarik ni.. sedang aku duduk2 dlm kereta ni..maka ternampak la 2 pasang lelaki dan wanita bercengkerama.. bleh plak uih..! actually keempat-empat manusia tersebut adalah peserta kursus detektif. (sah -sah la kan kursus tu je yang tamat hari ni..)ye la.. kursus 5 minggu tu.. xbalik rumah langsung.. dunno sama ada sudah menjadi laki org atau isteri orang.. but aku yakin keempat-empat manusia tu xde ikatan sah pun.. berbalik pada situasi.. sepasang dari mereka dah selamat masuk 1 kereta.. balik sama kot.. hahaha.. blom tentu sampai rumah lagi tu.. dan yang amat menarik perhatian.. sangat terbuka ok! dah tau kat sini ramai org..ngan org main futsal sekali.. xde rasa malu dowh!.. sang chikaro dah masuk la kereta perdana hitam.. muka nk nangis.. tetiba sang lelaki  yang berdiri di sisi mencium dahi, pipi dan seterusnya bibir!..huwaaa.. helo!.. kalo setakat cinta 5 minggu.. toksah ler.. hang mai nak bercinta ke nak kursus? sila tekadkan azam dalam diri anda ok!..

aku bukan pe.. dah lali sangat la polis yg mai kursus 5-6 minggu ni mesti la ada yg sangkut 'cinta kursus'.. ntah pape.. kebanyakan nyer laki org, bini org. hujung minggu kalo kasi kelepasan ke bandar, bila balik asrama.. si perempuan ada la bertanda-tanda love bite la.. memalukan.. sah-sahla blom kawen lagi, nyamuk mana lak bleh buat love bite sebesar tu kan..

p/s : en suami ku tak begitu kan?.. (sah-sah la 1 tempat keje kan..haha.. pergerakan mu ku pantau ok!)

Wednesday, 13 October 2010

Prof Hamid Arshat – 1st Appointment

got appointment 8.30am today.. Aku dan en.suami bertolak dari rumah seawal jam 6.30 am... jauh tu.. jam 7.45 am baru kami sampai destinasi yang dituju..

lepas park kereta, terus g klinik tingkat 1.. tak bukak lagi.. huwaaa.. tepat 8.30am baru bukak.. lenkali tau dah, baik pi mkn dulu..

Bila dah masuk, confirm kan appointment.. Pastu ada nurse akan check darah tinggi, berat badan dan segala butir peribadi untuk tujuan pendaftaran..

X lama tunggu pastu, tiba giliran.. Dr hamid agak peramah.. tapi disebabkan masa terhad dan patient ramai.. agak laju juga beliau bagi penerangan kepada kami.. Beliau tanya tentang tempoh kahwin, hubungan seks, dan masalah-masalah lain sekiranya ada..

Lepas tu aku dibawa masuk ke bilik untuk scan rahim.. Dr hamid check, rahim alhamdulillah ok dan normal.. Cuma agak sedih, bila dr hamid scan ovari.. Ovari aku bengkak kedua-dua belah dan jelas ada polisistik.



Doktor kasi 3 jenis ubat dan 1 lagi aku kene beli di farmasi..



1- clomid (untuk meransang tumbesaran telur)

2- metformin ( untuk cut down sugar level so telur boleh matang)

3- Adipex (untuk penurunan berat badan - berat aku agak berlebihan)



4- Saw Palmetto (untuk supplement)

26hb ni ada appoinmnt untuk scan telur pulak.. Harap-harap telur membesar dengan jayanya..

owh ya.. tadi en.suami buat ujian air mani.. alhamdulillah, sangat cergas berudu-berudu itu berenang..

sangat interesting bila dapat tgk air mani di bawah mikroskop..hehe

Friday, 8 October 2010

Balik kampung

Isnin lepas aku beritahu en.naim yang aku ambil cuti 1 minggu next week. Mula-mula plan just nak ambil cuti 12hb dan 14hb je sebab time tu ada appointment hospital. Tapi bila pikir balik, baik ambil cuti je.

Alih-alih rabu lepas en.naim bgtau nak ambil cuti jugak hari isnin dan selasa tu.. i tak kesah ok, i lagi suker.. yeah... and suddenly dia bgtau nak balik kampung jumaat ni yakni hari ini la kan.. ok.. no hal..

err.. barang semua xpacking lagi.. main capai je la balik keje jap lagi.. Mungkin kul 11 malam kot bertolak . Malam ni tatau la nak pi rumah mastura ke tak.. tgk keadaan sebab rasa badan macam kurang sehat jerk..

owh ye.. setelah beberapa hari menahan mual, akhirnya semalam malam time nak tidur keluar juga segala isi perut.. rugi je makan KFC ptg semalam..

Thursday, 7 October 2010

getaran hati...

ni baru cerita sebenar.. hanya cume nak kongsi apa hati ini sedang rasa sekarang.. susah la dah nk simpan dlm hati.. kang xpasal2 kene darah tinggi.. stress memang dah ada.. aduyaii.

bukan pe.. tetiba perasaan bercampur baur.. dah 2 tahun 2 bulan kami kahwin.. Belum rezeki nak timang einanaim's jr. Yela.. mana ada pasangan yang berkahwin xnak anak kan.. sedih la.. tgk kawan yang kawen kemudian pun dah timang anak..

setiap kali beli majalah mingguan wanita.. ruangan BIODEX pasti aku baca.. tapi ntah.. xde kekuatan nk mencuba.. web tentang Dr. Hamid Arshad juga banyak kali di khatam, tapi ntah, xterdail pulak nombor telefon beliau..

tapi.. lepas raya baru ni.. ntah, mungkin aku rasa sunyi dah kot.. tgk member pun dah ada 2 anak.. best friend masa sekolah dulu pun bakal bersalin bulan 12 ni.. takkan aku nk tunggu lagi.. Perbincangan sudah dibuat dengan en.naim.. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat Allah kurniakan aku seorang suami yang senang dibawa berbincang, tak ego dan sangat bertolak ansur dengan aku.. Terima kasih Allah..

Panggilan telefon telah dibuat untuk menempah tarikh untuk temujanji di klinik Dr Hamid. 12HB Oktober.. insyaallah.. sampai lah kami di sana.. Walaupun berdebar.. segala keputusan yang bakal diperolehi harus kami terima.. sekurang-kurangnya kalo ada masalah, kami tahu dan boleh rawat. Kalo kami tiada masalah, boleh diteruskan dengan kaedah yang lain pula..

Hanya Allah yang maha mengetahui...

Cerita Pendek hari ini..

Memang sangat seronok kalo dengar orang mengumpat pasal orang lain. Lepas tu ada pulak nasi tambah nyer lagi..

Alkisah pagi tadi.. si A datang bertanya khabar kepada si B dan si C.. Lepas bertanya khabar, si C ni mmg tgh khusyuk mengadap laptop. Si A dan si B ni mula lah sesi mengumpat pasal si D.. secara tak sengaja kene la si C ni pasang telinga kan.. Telinga bionik ni.. ishh kalo telinga tak peka, xde la wujud blog ni kan..hahahha.

Topik hari ini adalah tentang CURANG.. Si A bercerita tentang kecurangan si D. Hahaha.. aku gelak ok.. (ooppsss.. si C la..hahah).. Begini ceritanya.. Si D ni baru di transfer (ke tempat yang tak boleh disebutkan namanya) pada hujung tahun 2007.. 1st impression nampak si D ni sangat OK! Kiranya sangat 'family man' bak kata penjajah.. xpernah marah.. soft spoken.. attitude ok.. penampilan sangat menarik..

Tanpa di sangka.. jangan tgk luaran sahaja.. Banyak dah kecurangan dia terbongkar.. Isteri si D xleh terima kenyataan.. Sanggup tuduh si A adalah punca keruntuhan akhlak siD ini.. Sedangkan si A ni hanya berkawan dengan si D ni sejak tahun 2008.. now dah 2010, baru 2 tahun beb.. Si D ni curang ngan bini dia sejak 8 tahun yang lalu.. isk isk isk.. Dan banyak la lagi cerita... malas nk citer kat sini..

Cuma satu je la aku nk highlight.. Aku kurang berkenan la lelaki curang ni. Xkesah la lelaki ke perempuan ke.. X elok tau curang tambah lagi kalo pasangan sangat la baik.. Aku berdoa supaya perkara-perkara begini dijauhkan dari keluarga aku.. Aku xlarat nk hadapi.. Lagi satu aku tau sangat diri aku.. takut aku makin keras hati.. Ya Allah jauhkan la..

Kepada si D.. insaflah.. kelakuan anda diperhatikan..

Monday, 4 October 2010

memori...

Malam semalam,ntah kenapa, aku buka kembali album perkahwinan kami..  16 Ogos 2010, genap 2 tahun usia perkahwinan kami.. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dugaan dapat ditempuhi bersama..

13 Ogos 2007  - Tarikh keramat aku bertentang mata dengan dia.. Entah kenapa, macam ada satu tarikan.. Tarikh ini juga lah aku dikehendaki lapor diri di sini.. Persahabatan terjalin, tapi tanpa ada sebarang perasaan.. Hanya sebagai rakan sekerja.

Hari berlalu tanpa disedari.. entah bila kami mula rapat. Aku senang bila dengan dia. Aku rasa dia juga begitu. Kami sama-sama masuk kumpulan koir. Bila habis latihan, keluar minum sama-sama. Bercerita tentang kerja dan apa sahaja.  Dia juga bercerita tentang sisi dirinya. Hepi je rasa. Sebenarnya aku rasa selamat bila keluar dengan dia.. Macam best friend.

Sehingga satu hari, dia lelaki pertama aku bawa jumpa org tuaku. Takde pape pun ikatan antara kami masa tu. Hanya kawan kerja. Rasanya kebetulan aritu kami sama-sama mahu balik ke kkb. Dia dari KL, aku pula seperti biasa, weekend mesti di rumah keluarga. Aku jemput dia di stesen komuter, dan singgah di rumah keluarga aku. Time ni kelakar jugak. Papa yang pendiam selama ni, tiba-tiba bleh plak jadi wartawan tanya itu ini kepada en. naim ( soalan apa tatau..kene tanya beliau.. aci kerat jari, dia pun gigil.. haha)

pastu, rasanya kami xterus balik kkb, tapi pi mid valley..hahaha.. duk2 jalan mkn angin.. tetiba dia pegang tgn aku.. aku pun ntah, macam ada satu arus letrik mengalir.. dan tetiba jadi pemalu macam kucing.. macam dah meresap satu rasa ape ntah.. (time ni kot baru sedar hati dah terpaut)

sejak tu.. makin rapat.. my parents pun suka ngan en.naim (pandai betul en. naim amik ati ye!).. sehinggalah bulan 2 2008, En.naim ajak balik kg dia pulak.. (giler ah..dah sampai sana, pergh ramai betul sedara mai lawat..segan gile)

pendek cerita - 30/3/2008 bertunang la kami berdua..  16/8/2008, bersatu lah kami sebagai suami isteri.. Alhamdulillah.. selamat semuanya.. Majlis di kedah pula pada 15/11/2008.

Nak tau macam mana en.naim lamar pn. eina?? sangat tak romantik ok! sampai aku pun tak percaya..dia ni main-main or serius..

alkisah akhir tahun 2007, rumah sewa yg aku duduk tu dicerobohi oleh org gile seks. ntah sape hendap.. so mcm agak risau la.. so as best frenz la (aku pun tatau time ni kami kapel ke..kawan ke.. sebab en.naim xde pun ajak kapel kan... macam ala-ala syok sendiri je kan.. hahah), aku duk la sms ngan dia, kata risau la bagai kan.. so ptg tu dia ajak cari rumah lain.. tgh2 duk sms tu.. tetiba en.naim sms "JOM KAWEN NAK?"..

gila kau xberdebar!. padahal masa sms tu aku duk bilik sebelah dia je (kami 1 department ok!).. siap jenguk leher tgk muka dia lagi.. pastu aku diam.. actually aku duk sms ngan ninie plak..wakkaka.. tanya pendapat dia.. ceh..ceh..

pastu ptg tu..time cari rumah..dlm kereta..aku tanya..serius ke?.. betulla... ( dan sebab tu la kami tunang dan kawen dlm tahun yg sama..hahah)...

tu la kisah jodoh kami.. padahal aku nk citer bende lain sebenarnya ni.. bengong!

Blueberry & kiwi cheese cake

Tgh xde keje dan dah agak lama creeme cheese tu terperap dlm freezer.. jadi.. plan buat chill cheese cake.. ikut resepi hanieliza.. TQ.

Thursday, 23 September 2010

Best sangat ke?



Nombor plet : BBB 44



Best ke kalo beli nombor plet 1 digit la, 2 digit , or nombor cantek eh? Harga mesti ribu-ribu kan...

Jangan salah faham ya... tiada bau-bauan cemburu pun..apatah lagi jeles? (xsama eh jeles ngan cemburu?).. hahha

btw.. betul ke org cina xsuka plet number '4'? 4 dlm bahasa cina adalah 'sei' kan? 'sei' = mati?

kalo 'CT 44'? means CT mati mati? hahahha.. (xde kene mengena ngan mak et ok)

entry tertunggak..

suppose nk post semalam.. tapi xberdaya.. lately ni selsema + sakit tekak... bisanya.. urghh.. sangat2 bisa..

by the way.. just nk post apa yg aku masak malam tadi..



spageti bolognese ala 'tibaian'.. segala mak nenek ku bubuh dalam tu. Aci kerat kuku la, kalo pi pizza hut pun x dapat lumayan macam ni tau.. ada sesape nak order? sila order di dapur masing-masing..haha

wow!



tgh2 kesesakan di jalan duta... bleh plak org tu terhegeh-hegeh duk amik gambor.. padahal polis trafik ada terpacak kat depan tu.. kang saman kang.. hayukk..

ni istana baru kan? wow... macam cantek je... abih, istana lama nak wat pa? kaya no malaysia ni...

Monday, 20 September 2010

Bisnes Baru - kek Choc Moist

Bermula dengan ramadhan yang lepas..saya telah mula ambil tempahan membuat kek coklat moist ini. (Jannah, ko memang curlast nyah!.. sekali ko order aku terbukak ati tros)

Tempahan yang di terima Alhamdulillah.. Feedback yang diterima juga telah memberi semangat kepada saya untuk meneruskan bisnes ini dan menambah variasi kek-kek yang lain..

kepada sesapa yang nk tempah kek choc moist ini, sila hubungi saya di talian 012-3575452 (zalina) atau email (szalina@rmp.gov.my) / ym: amethyst_athence







Saiz : 8" x 8"

Harga : RM 40.00

Tempahan : 3 hari awal

Penghantaran percuma sekitar tanjung malim,kuala kubu bharu, serendah, rawang & sungai buloh.

Berbaloi-baloi..

Friday, 17 September 2010

Al- Fatihah

Takziah kepada black sekeluarga atas pemergian ibu tersayang jam 9.15 pm semalam.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
(p/s: sedih sebenarnya coz bulan 6 aritu jenguk sihat walafiat, siap bergurau lagi.. tapi raya ke 2 aritu jenguk, terbaring lemah.. apa la doktor HTF dah buat kat bonda ya?.. innalillah)

Wednesday, 15 September 2010

Raya ke 6



Lokasi : pejabatku

Masa : 9 pagi Raya ke 6

apa aku buat di pejabat tatkala semua insan meraikan hari raya aidilfitri?

Jawapan nya : Inilah aktiviti bagi orang-orang yang 'terpilih'..kalo rasa-rasa skrg dah bulan 9, tapi cuti berbaki lagi 12 hari, jangan la raya sakan .. bawak-bawak la bertaubat..

huwaa... 12 hari jerk?? tahun depan je la cuti sakan..

Sunday, 12 September 2010

Si abang dan si adik



Si abang bernama ANAS SHAUKI  dan si adik bernama ADAM NUBHAN.. berkongsi tarikh lahir yang sama cume selang 2 tahun sahaja.

Peringatan kepada ibu bapa dan bakal-bakal ibu dan bapa, adalah dengan ini dinasihatkan.. janganlah namakan anak anda seperti nama penyanyi-penyanyi kerana natijahnya, anda akan terpaksa menahan telinga mendengar kenyaringan suara anak anda seolah-olah berada di dalam kelas vokal Cikgu Hajar..

p/s : harap-harap tahun depan xde lagi Akademi Fantasia.. bohsan weh.. buat aku rasa macam nak stop subscribe Astrok sajo

Friday, 10 September 2010

Hobi Baru?

Masa : 3.00 Pm Hari Raya Pertama

Tempat : The Gardens , Mid Valley Megamall



Adakah ini akan menjadi tabiat pada tahun-tahun akan datang? Atau hanya sekali dalam masa 2 tahun, yakni apabila giliran beraya di Sungai Buloh sahaja kah? Sama-sama la kita nantikan..

Gila kau! Plan memula nk pi OU, dah masuk parking tu.. tetiba terasa macam keliru..apakah sekarang Hari raya Aidilfitri ataupun Tahun Baru Cina kah? Langsung xda parking space.. penuh !.

Dengan rela hati, keluar la balik, bayar RM1 (ci*&^*&%), tros la plan pi mid valley pla.. nasib baik la ada parking..

Agak tak puas hati dengan sang suami.. kerana.. beberapa hari sebelum raya.. beliau berbunyi seolah-olah mahu bermain bowling.. bila dah sampai, nan ado nyer!.. hanya window shopping sajork.. itu lah suami ku...

Mari kita tunggu..kot2 la tahun depan raya di kedah, mau window shopping juga kah raya pertama? confirm tidak!.. macam aku tak kenal laki ku itu.

Aidilfitri...

Setelah sebulan berpuasa..tiba sudah aidilfitri.. Dengan ini, saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di mana sahaja anda berada..

Berhati-hati di jalan raya..

Misteri nusantara



hayukk... sapa cakar??



bukan sayang ke??

nehiiiii.... daripada cakar, baik sayang buat love bite 1 badan kan.. hahhaha

Monday, 30 August 2010

Berbuka @ HM Seri Bagan, Bagan Lalang

unplanned plan..haha.. setelah beberapa bulan duk sebut "ikan bakar..ikan bakar.." akhirnya, sampai la jugak, walaupun tempat sepatutnya yang dituju adalah Umbai, namun, kalo dah rezeki bagan lalang, sampai jualah kami di bagan lalang..

Gile ah! Sangat jauh ok. Sempena berkat cuti Nuzul Quran.. Hari jumaat pula tu.. selepas menunggu kepulangan suami yakni En. Naim, maka pergilah kami tepat jam 3 petang ke Bagan Lalang.  Dari Kuala Kubu Bharu, kami masuk lebuhraya menerusi tol Bukit Beruntung, menuju ke Tol KLIA, kemudian ikut lah signboard Sepang Gold Coast.. Setelah berjam-jam akhirnya sampai la ke restoran tersebut pada jam 5.15 petang.. 2 jam lebih je pun.. SANGATTTTTTTTTT jauh!..

Dah sampai, confirmkan booking.. pilih menu dan pilih lauk2.. pastu merendek kat pantai.. amik2 gambar.. dah agak2 nk berbuka, pi restoran..wahhh.. nikmat..



sang isteri



sang suami



tu dia.. menatang yang di namakan Sepang Gold Coast.. gile ngeri.. tak fobia ka diorg? kot la ada tsunami, depa mati dulu..

         

Total : RM 120++ for 2 person.. ni makan ke mentekedarah? isk isk isk..

Taste : just nice..