Adakah tapak tangan kita berpeluh,
hati kita berdebar kencang dan
suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kita tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kita menginginkannya
kerana kitatahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya
kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kita tetap mengatakan kita
menyintainya kerana kita
tidak inginmelukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELASKASIHAN.
Adakah kita mengatakan padanya
bahawa setiap hari hanya dia yang
kitafikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kita rela memberikan semua
perkara yang kita senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Adakah kita menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kita memaafkan kesalahannya
kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN
Tetapi...
Adakah kita tetap bertahan kerana
campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan
tak terfahami ... menarik kita mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.<------->
No comments:
Post a Comment