Saturday, 23 April 2005

Mat Ali diminta datang 6 pagi untuk buat MyKad

KUALA LUMPUR 22 April - ``Ada ke patut saya disuruh datang pukul 6 pagi untuk mendapatkan nombor giliran,'' kata ahli perniagaan Mat Ali Sam, 50, menceritakan betapa `azab'nya dia untuk membuat kad pengenalan pintar pelbagai guna, MyKad.

Masalahnya pula, pejabat mula dibuka kepada orang ramai pukul 8.15 pagi, katanya lagi yang merasa pelik dengan sistem yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mereka yang mahu memohon kad pengenalan itu.

Kisahnya bermula apabila Mat Ali dari Taman Keramat Permai di sini mahu membuat MyKad yang tempoh akhir berbuat demikian hujung tahun ini.

Kali pertama, Mat Ali yang pergi ke pejabat JPN cawangan Taman Melawati, Hulu Klang di sini, dia diminta datang seawal pukul 7.30 pagi untuk mendapatkan nombor giliran. Beliau yang datang pukul 9 pagi kelmarin diberitahu nombor giliran untuk hari itu sudah habis.
Hari ini, dia datang pukul 7.30 pagi.
Bagaimanapun Mat Ali mendapati, sudah terdapat notis di pintu jabatan berkenaan menyatakan nombor giliran untuk memohon MyKad sudah habis.
``Kalau hendak dapatkan nombor giliran, datang pukul 6 pagi,'' kata seorang kakitangan kepada Mat Ali.
``Tak munasabah langsung,'' kata Mat Ali. Kerana terlalu tidak tahan dengan sistem `kuno' itu dia datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini untuk mendedahkan kepincangan tersebut.
Ketika kejadian terdapat kira-kira 30 pelanggan yang telah menunggu sejak dari awal pagi lagi. Kebanyakannya warga tua.
``Nasib baik hari ini saya tidak membawa anak saya yang menggunakan kerusi roda kerana dia mengidap sawan. Kalau tidak lagi seksa,'' katanya.
Mat Ali memberitahu, jika keadaan ini berterusan, JPN tidak boleh mendenda pengguna kerana tidak menukar kad pengenalan lebih awal.
Ini disebabkan, masalah berpunca daripada JPN sendiri.
Dalam kes ini, beliau mencadangkan, JPN sepatutnya menyediakan nombor giliran yang lebih atau memberikan angka giliran lebih awal bagi urusan pada sehari selepas itu.
``Nanti bila kita buat saat akhir, dikatakan pula sengaja tidak mahu menukar lebih awal sehingga menyusahkan diri, sedangkan sekarang pihak JPN yang menyusahkan kami,'' ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, adalah tidak wajar JPN membiarkan orang ramai ternanti-nanti kerana kebanyakan daripada mereka yang hadir mempunyai pekerjaan lain untuk dilakukan.
Ada di antara mereka pula sudah uzur.
--------------------------------------------------------------------------------------
komen aku:

hehhehehe...aku suke ngan org yg buat aduan cmni...hahhaha..hahahha.... aku pun tak buat lagi... so jgn salah kan aku ye...salahkan JPN... dulu pun aku kene kes yg sama..pepagi pi kat JPN kepong..last2..sampai sana, diorg kata nombor sudah abis...waa... apa punyer sistem la.. dlm byk2 ayat yg aku highlight, aku paling suke ayat lassst sekali..hahhahahahha

No comments:

Post a Comment