Monday, 14 February 2011

10 khasiat jus


  1. lobak merah + halia + epal = membersihkan dan meningkatkan fungsi sistem dalaman badan

  2. epal + timun + daun seleri = mengelakkan kanser, mengurangkan kolesterol dan menyembuhkan sakit perut serta sakit kepala

  3. tomato + lobak merah + epal = memperbaiki keadaan kulit wajah dan menyingkirkan nafas yang berbau

  4. peria + epal + susu = mengelakkan nafas berbau dan mengurangkan panas dalam badan

  5. oren + halia + timun = memperbaiki dan melembutkan tekstur kulit

  6. nanas + epal + tembikai = membersihkan buah pinggang dan pundi kencing

  7. epal + timun + kiwi = memperbaiki kulit wajah

  8. pear + pisang = mengawal kandungan gula

  9. lobak merah + epal + pear + mangga = menyingkirkan panas dalma dan meredakan tekanan darah

  10. tembikai susu + anggur + tembikai + susu = meningkatkan aktiviti sel dan memperkukuhkan ketahanan imunisasi


sumber : maskulin feb 09

strawberry banana milk shake

bahan-bahan:

  • 1 biji pisang

  • 1 sudu teh strawberry filling

  • 3 biji strawberry segar

  • 2 sudu aiskrim vanilla

  • air gula secukup rasa

  • 1 cawan ais


cara membuat:

  1. buang kulit pisang dan potong isinya bersaiz 1 sm

  2. masukkan isi pisang ke dalam mesin pengisar untuk dikisar

  3. kemudian, masukkan juga strawberry filling, buah strawberry, aiskrim vanilla, air gula dan ketulan ais ke dalam mesin pengisar tersebut. kisar kesemua sekali

  4. tuangkan ke dalam gelas yang telah disejukkan seketika di dalam peti sejuk dan sudah siap untuk dihidang


sumber : maskulin feb 09

kosong

Dont know what to do.. call hubby tadi.. hubby bagi hint bleh dah kemas barang untuk pindah rumah.. dont know apa yg nak dikemas.. adoiyai...

Since pagi tadi, aku dah mkn sebungkus nasi lemak, 1 biji fuji apple, 2 biji plum masam, 3 keping nugget ikan dan 1 mangkuk aiskrim vanilla choc.. semata-mata nak hilangkan mual.. aduh...

aku kuat mengeluh kan sekarang ni?

Sunday, 13 February 2011

Kuarantin Hari ke 2

Badan masih lemah.. Sangat pening kepala dan mual jugak.. bila lah nak berakhir..

Along call tadi kata mom n dad nak datang.. owh god.. rumah bersepah.. hahah..zasss call mom.. borak-borak..ok tak jadi nak datang..bagus tak? anak dia ni pemalas.. Mom kata nak carikan sensei cina.. ok.. selasa anakmu balik rumah ya..

Tengah masak sup tulang.. Tekak xsedap rasa.. iskk..

Dugaan..

Lama je rasanya tak update blog.. Actually sesuatu telah berlaku.. aku demam panas hari rabu baru ni.. kebetulan masa tu aku saja je ambil cuti.. Hubby pulak tak cuti.. Jadi sepanjang hari lepas aku balik dari tanjung malim, aku teros terdampar di atas katil sampai la hubby balik dalam jam 8 malam..

Time dia sampai tu, dia dah panik coz dia kata badan aku panas giler. Nasib baik dia tak bagi aku mandi, takut sawan nanti coz panas sangat.. Malam tu dia tuam dan mandikan dengan air asam jawa... sejuk giler.. sungguh!.. malam tu ok sket..

Esoknya masa bangun pagi, aku rasa kepala berat dan pusing sangat... gagah la jugak untuk bangun.. Masa dalam kereta, hubby suh pi hospital.. Aku rasa macam tak larat je nk jalan sorang, so aku ajak la dia skali.. Tup-tup betul tu.. dah sampai parking hospital, aku memang dah kabur je mata.. Masa turun kereta nak ke kaunter, aku dah nak pitam.. Terpaksa lah hubby papah.. Masuk wad kecemasan terus..

Masa kat wad kecemasan, doktor kasi oksigen coz aku sesak nafas dah plus, bila sampai katil aku memang terus dah terjatuh.. Tulang semua lemah. Even nak angkat tangan pun memang xlarat. Check demam, 38'c. Bila keadaan aku agak stabil, doktor bgtau hubby yang aku terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan..

Dalam tengahari camtu aku dihantar ke wad 2.. Time ni hubby dah sibuk call pejabat untuk siapkan GL. Masa kat wad 2, nurse amik bp, darah, urine dan masukkan antibiotik.. Pastu nurse kata nak ambil sampel tekak untuk hantar ujian Pneumonia / ILI.. hah? aku tanya apa tu.. Nurse kata, doktor saspek H1N1.. Allah!..

Dalam jam 5 hubby sampai, bg GL kat kaunter wad, then aku dipindahkan ke wad 8 (better than wad 2).. Bermalam la aku kat situ.. Then Semalam petang, nurse datang, bagitau result ujian tekak tu dah keluar dan memang positif H1N1.. Ya Allah... terus naik mencanak BP aku time tu.. plus demam balik.. Malam tu abis jugak la 2 botol besar air kosong.. Dan aku jugak diasingkan wad dari pesakit lain.. dan kene pakai mask jugak.. agak sedih tau..sebab patient lain yang lalu je bilik aku, mesti pandang semacam..seolah macam la aku ni hidap penyakit paling teruk kat dunia.. sedih..serius!..

Pagi ni, hubby temankan.. Doktor pulak kata boleh balik sebab aku dari awal masuk wad memang dah start ubat, so keadaan agak tak berbahaya dan boleh duduk dirumah.. Doktor kasi MC 9 hari.. dengan pesanan-> tak boleh ke mana-mana!... xpa la.. daripada aku sangap duk kat hospital, baik la aku balik.. lagipun aku kesian kat hubby.. agak jauh nk ulang-alik..dengan proses nak pindah rumah lagi.. satu hape pun tak kemas lagi barang2..

tu je la dugaan di tahun 2011 ni.. pasal H1N1 tu, dari mana aku dapat pun tak pasti.. Lagipun doktor kata aku berisiko tinggi sebab aku ada asthma.. huh? dulu masa tahun 2008 memang la doktor Bkt Aman tu kata aku asthma.. tapi on 2009, bila refer pakar Hospital selayang, bukan asthma, tapi OSA kronik.. Now ada balik asthma? aduh... Tapi Alhamdulillah sebab blood pressure aku dah ok , tak macam dulu masa sebelum operation.. Syukur Allah..

Monday, 7 February 2011

Its over for tomorrow..

ermm..macam tak cukup je cuti.. esok dah nk keje.. tapi perkara pertama yang aku nk buat esok adalah -> pi hospital kkb.. bengkak kat pangkal kaki ni makin teruk plak..susah nk jalan dah pulak.. aduhh...

Sunday, 6 February 2011

TV3 - Biarkan aku menangis

Starring : jue aziz, ery putra, normah damanhuri, ellie suriati  & arash mohamad.

Sipnosis :

Cerita ini mengisahkan Mak Cik Milah (Anisah) yang juga seorang pengemis terbiar. Setiap hari, Mak Cik Milah akan berkeliaran ke sana sini meminta sedekah daripada orang ramai. Ramai orang menyangka Mak Cik Milah adalah orang gila kerana selalu berkeliaran ke sana sini meminta makanan daripada orang ramai.

Namun tiada siapa yang tahu punca Mak Cik Milah jadi begitu. Pada setiap malam, tidur Mak Cik Milah sering diganggu mimpi buruk yang menyedihkan.

Pada suatu hari, Daniel terserempak dengan Mak Cik Milah. Sebagai petugas di Rumah Kebajikan Orang Tua, Daniel bertanggungjawab membantu Mak Cik Milah. Ini kerana Daniel berasakan tidak patut dia membiarkan Mak Cik Milah terus terbiar dan melarat. Daniel cuba mendekati Mak Cik Milah.

Pada awalnya, Mak Cik Milah tidak suka Daniel mendekatinya, namun lama-kelamaan apabila melihat kesungguhan, keikhlasan dan kebaikan Daniel, Mak Cik Milah akur dan sudi menerima pertolongan Daniel dengan hati terbuka.

------------------------

ellie suriati ni memang pelakon hebat.. sangat hebat kalo dia jadi gile..heheh
Mak Cik Milah mengikut Daniel pulang ke Rumah Kebajikan Orang Tua.

My not soo lunch food..



Goreng bende ni untuk makan sambil menonton chanel HBO.. lapar.. jap lagi nk pi pasar bukit beruntung...

Saturday, 5 February 2011

Chicken Chop

Bahan A:

  • 100 gm serbuk roti

  • 1 bahagian peha ayam tanpa tulang

  • 1 biji telur

  • 50 gm tepung gandum

  • sedikit garam

  • sedikit lada putih


Bahan B:

  • 80 gm sayur campur

  • 3 sudu mayonis

  • sedikit gula

  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus

  • 1 ulas bawang besar - dincincang halus

  • 1/4 sudu teh herba campuran - mixed herb

  • 1/2 cawan sos barbeku

  • 1 genggam french fries

  • sedikit air

  • sedikit garam


cara membuat:

  1. lumurkan garam dan lada putih pada paha ayam

  2. salutkan ayam dengan tepung dahulu, kemudian salutkan dengan telur dan akhir sekali salutkan dengan serbuk roti

  3. goreng dalam minyak yang penuh sehingga ayam masak dan keemasan

  4. untuk membuat sayur, campurkan sayur campur dengan 1/2 sudu makan bawang besar, sedikit gula, garam dan lada putih. kacau sebati

  5. untuk sos, tumis 1 sudu bawang merah, 2 ulas bawang putih dan herba campur sehingga wangi kemudian masukkan sos barbeku dan air. masak sehingga likat

  6. untuk kentang, goreng kentang dengan minyak yang banyak sehingga garing dan keemasan

  7. hidangkan ayam, sayur dan sos atas pinggan. sedia untuk hidangan


sumber : utusan malaysia 4 feb 2011

Kek Beras Berwarna-warni

bahan-bahan:

  • 150 gram tepung beras - direndam dalam air selama 4 jam

  • 60 gram tepung kacang hijau - direndam dalam air selama 4 jam

  • 200ml krimer sejat

  • 100ml santan pekat

  • 270ml air

  • 2 sudu besar santan pekat

  • sedikit pewarna merah dan hijau


sirap gula:

  • 270 gram gula pasir

  • 210ml air

  • 4 helai daun pandan


cara membuat:

  1. sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar bersaiz 20 cm, beralaskan daun pisang. masukkan air , gula dan daun pandan. masak sehingga gula cair. biarkan sejuk

  2. Gunakan kain muslin untuk mengeluarkan air dari tepung beras dan tepung kacang hijau

  3. masukkan tepung beras, tepung kacang hijau, santan pekat, krimer sejat, air dan sirap gula

  4. masak bahan tadi dengan api yang perlahan dan kacau menggunakan pemukul telur sehingga menjadi pekat. bahagikan bahan kepada 3 bahagian, satu bahagian diwarnakan merah dan selebihnya dengan warna hijau

  5. sendukkan semua bahan ke dalam dulang pembakar. gunakan belakang sudu kayu dan buatkan bentuk putaran pada bahan tersebut. ratakan pada bahagian atas. sapu permukaan menggunakan 2 sudu besar santan pekat

  6. bakar pada suhu 200'c selama 40 hingga 45 minit sehingga permukaannya bertukar perang kekuningan. sejukkan sepenuhnya sebelum memotong.


Sumber : mingguan wanita dec 2010

Rendang Daging Terengganu

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging - dihiris besar

  • 200ml susu isian sejat

  • 200ml santan

  • 2 sudu besar gula

  • 200ml air

  • garam secukup rasa

  • 30 gram kerisik

  • 2 helai daun kunyit - dicincang halus

  • 2 helai daun limau purut


bahan kisar:

  • 15 biji cili kering - direndam air panas

  • 20 biji bawang merah

  • 5 ulas bawang putih

  • 2 tangkai serai

  • 1 ulas halia sebesar ibu jari

  • 1 ulas lengkuas sebesar ibu jari


cara membuat:

  1. campurkan daging, bahan yang dikisar, santan, air dan susu isian sejat dalam kuali berdasar berat. panaskan hingga ia mendidih

  2. biarkan ia mendidih selama 1 jam, kacau setiap 10 minit sehingga daging menjadi lembut dan kuahnya menjadi pekat

  3. taburkan dengan garam dan gula secukup rasa. tambahkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. kacau dengan sebati dan bila ia mula mendidih, tutup api


saiz hidangan : 8 orang

sumber : mingguan wanita dec 2010

Grilled Chicken Sandwich

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti

  • 2 keping isi ayam

  • 2 sudu sos tiram

  • 2 sudu sos barbeku

  • sedikit mayonis

  • serbuk lada hitam

  • sedikit salad

  • sedikit mentega - untuk memanggang


Cara membuat:

  1. gaul sos tiram, sos barbeku dan serbuk lada hitam sehinggan sebati dan perap dengan isi ayam selama setengah jam

  2. panggang isi ayam tadi menggunakan sedikit mentega di atas dulang pembakar yang tidak melekat sehingga isi ayam empuk

  3. kemudian, potong halus isi ayam tadi dan gaul dengan mayonis dan salad sehingga sebati. sejukkan

  4. sapu mayonis pada roti diikuti dengan isi ayam tadi

  5. sedia dihidangkan


sumber : mingguan wanita dec 2010 (hidangan sandwich)

Beef Burger Sandwich

Bahan-bahan:

  • 2 keping daging burger

  • 2 keping roti

  • 2 sudu sos Worcester

  • 2 sudu sos seasoning

  • sedikit serbuk lada

  • sedikit mayonis

  • sedikit salad - dihiris halus

  • sedikit tomato - dihiris halus


Cara membuat:

  1. Bagi membuat inti, panggang daging burger dan letakkan sos seasoning, sos worcester bersama serbuk lada sehingga daging empuk dan garing

  2. sejukkan daging dan kisar halus di dalam meisn pengisar

  3. kemudian, masukkan mayonis dan gaul isi daging tadi sehingga sebati.

  4. bagi penyediaan roti, sapu mayonis pada roti dan sapu isi daging tadi ke atas roti

  5. isikan juga dengan salad dan tomato dan hidangkan segera


Sumber : Mingguan Wanita dec 2010 (Hidangan sandwich)

Mr. Frank Roll

Bahan-bahan:

  • 1 batang sosej

  • 3 keping roti

  • 1 keping keju / fillet ayam

  • sedikit salad

  • sedikit mayonis


Cara membuat:

  1. Rebus sosej tadi,tos dan ketepikan

  2. Lenyek sedikit ketiga-tiga roti dan sapu mayonis pada roti

  3. Kemudian, letakkan sosej yang telah direbus tadi pada roti pertama, diikuti dengan salad pada roti kedua dan fillet ayam /keju pada roti ketiga

  4. Gulung ketiga-tiga roti secara bersambung

  5. simpan sejuk atau potong untuk terus dihidangkan bersama sos


Sumber : Mingguan Wanita Dec 2010 (Hidangan Sandwich)

Friday, 4 February 2011

Astro First - Hantu Kak Limah Balik Rumah

Currently watching this movie.. Thank you for Astro First... RM 15 jerk boleh tgk sampai muntah..



Lunch Time

Aku masak Nasi daging untuk lunch tengahari ni. 1st time aku dengar pasal nasi daging ni masa tahun 2005 tak silap aku.. tu pun pasal ada forumer bagi tahu..

Tak sangka  plak kawen ngan org kedah.. jadi makin rajin la aku masak nasi daging ni..



actually sebelum makan, aku ada amik pic nasi yang dah siap hidang, tapi mana ntah pic tu..enset gilo dah.. lenkali masak aku amik lagi la pic ye

Favourite Past Time

Bahan-bahan:

  • 200 gram ikan bilis - dibersihkan

  • 1 biji bawang besar - dihiris halus

  • 2 sudu cili giling

  • 2 keping roti

  • sedikit air

  • sedikit garam

  • sedikit gula

  • sedikit mayonis


cara membuat:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan tos miyak. Ketepikan

  2. Kemudian, tumis bawang dan cili giling sehingga naik bau

  3. Masukkan garam dan gula penambah perasa

  4. Masukkan air dan tumis sehingga sambal menjadi kering

  5. Seterusnya, gaulkan dengan ikan bilis dan ketepikan

  6. Sapu mayonis pada roti diikuti dengan ikan bilis bercili yang telah dimasak tadi

  7. Sedia dihidangkan


Sumber : Mingguan Wanita Dec 2010 (Hidangan Sandwich)

Give Me Tuna Sandwich

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti

  • 1 tin isi tuna

  • 1 biji lemon

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit salad - dihiris halus

  • Sedikit tomato - dihiris halus


Cara membuat:

  1. Lenyek isi tuna dan gaul bersama mayonis serta perahan lemon. Sejukkan

  2. Kemudian, sapukan mayonis pada roti diikuti dengan isi tuna.

  3. Letakkan salad dan tomato

  4. Sedia dihidangkan


Sumber : Mingguan Wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

Bolognese Roll

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti

  • 1 keping keju / 1 kepingan ayam

  • 100 gram daging cincang

  • 2 biji bawang putih -dicincang

  • 30 gram cendawan butang

  • Sedikit mayonis

  • 2 sudu sos bolognese

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa


Cara membuat:

  1. Bagi membuat inti sandwich, tumis bawang putih dan masukkan daging cincang. Masak sehingga naik bau dan air daging kering

  2. Kemudian, masukkan sos bolognese, cendawan, garam dan gula. Biarkan masak seketika dan sejukkan

  3. Lenyek sedikit ketiga-tiga keping roti dan sapu mayonis pada roti.

  4. Sapukan sedikit sos bolognese pada roti pertama, kemudian letakkan salad pada roti kedua diikuti dengan fillet ayam atau keju pada roti ketiga

  5. Gulung ketiga-tiga roti secara bersambung.

  6. Boleh disimpan sejuk atau potong untuk dihidangkan terus

  7. Hidang bersama sos cili


Sumber : Mingguan wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

Scram You Egg & Cheese

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti

  • 1 keping keju

  • 1 biji telur

  • 2 sudu besar susu segar

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit mentega untuk memasak


Cara membuat:

  1. Bagi membuat intinya, panaskan mentega di atas kuali, pecahkan telur dan kacau sehingga separa masak

  2. Masukkan sus segar dan kacau sehingga masak

  3. Kemudian, sapu mayonis pada roti

  4. Seterusnya, sapukan telur yang telah dimasak tadi pada roti dan letakkan keju. Keju akan cair di atas isi telur yang panas tadi

  5. Hidangkan segera


Sumber : Mingguan wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

Sardin & Single Coleslaw

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan sardin bersos (sardin dalam tin)

  • 1 biji jus limau kasturi

  • Serbuk lada atau cili merah (jika menggunakan cili merah, hiris halus)

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit kobis (dihiris halus)


Cara membuat:

  1. Panaskan ikan sardin dan lenyek isi ikan tadi

  2. Kemudian, masukkan jus limau kasturi dan serbuk lada atau cili merah yang telah dihiris halus. Ketepikan

  3. Sapu mayonis pada roti diikuti dengan isi sardin yang telah disediakan tadi pada roti

  4. Hidangkan segera


Sumber : Mingguan wanita Dec 2010 (Hidangan Sandwich)

Cheezy Bolognese

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti

  • 1 keping keju

  • 100 gram daging cincang

  • 2 biji bawang putih - dicincang

  • 30 gram cendawan butang - dihiris nipis

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit sos bolognese

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa


Cara membuat:

  1. Bagi membuat inti, tumis bawang putih dan masukkan daging cincang. Biarkan sehingga naik bau dan air daging kering

  2. Kemudian, masukkan sos bolognese, cendawan , garam dan sedikit gula. Biarkan masak seketika. Sejukkan

  3. Sapu mayonis pada roti diikuti dengan sos bolognese

  4. Letakkan keju dan diikuti dengan bahan isi yang telah disediakan tadi

  5. Sedia dihidangkan bersama salad


Sumber : Mingguan wanita Dis 2010 (Hidangan Salad)

Your Egg & Mayo Sir

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti

  • 1 biji telur rebus

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit serbuk lada

  • Sedikit salad


Cara membuat:

  1. Lenyek telur rebus bersama mayonis dan serbuk lada. Sejukkan

  2. Sapukan isi yang telah disediakan pada roti dan letakkan salad

  3. Sedia dihidangkan


Sumber : Mingguan wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

Grilled Chicken Wrap

Bahan-bahan:

  • Kepingan tortilla

  • 2 keping isi ayam

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

  • 2 sudu sos tiram

  • Sedikit mayonis

  • Sedikit daun salad (dihiris halus)

  • Mentega (untuk grill)


Cara membuat:

  1. Bagi membuat intinya, gaul sos tiram, serbuk lada hitam bersama ayam dan perap selama 1/2 jam

  2. Panggang ayam yang telah diperap tadi dengan menggunakan mentega di atas dulang pembakar yang tidak melekat. Biarkan sejuk

  3. Kemudian, potong dadu isi ayam yang telah dipanggang tadi bersama salad. Sejukkan

  4. Potong kepingan tortilla kepada dua bahagian dan panaskan di dalam ketuhar selama 15 minit

  5. Kemudian sapukan mayonis pada kepingan tortilla dan buat bentuk kon

  6. Masukkan isi ayam tadi ke dalam kon tadi dan hidang bersama sos cili


Sumber : Mingguan Wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

BBQ Chicken Wrap

Bahan-bahan:

  • 100 gram isi ayam (potong kecil berbentuk kiub)

  • 1 biji cili benggala hijau

  • 1 biji bawang besar

  • 2 sudu sos barbeku

  • 1/2 cawan air

  • Kepingan tortilla


Cara membuat:

  1. Bagi menyediakan isi, tumis bawang besar, cili benggala dan ayam sehingga naik bau

  2. Kemudian, tambahkan sos barbeku dan air. Biarkan masak selama 15 minit atau sehingga isi ayam empuk. Ketepikan

  3. Sediakan kepingan tortilla dan potong kepingan kepada dua bahagian

  4. Panaskan di dalam ketuhar selama 15 minit

  5. Letakkan isi yang telah disediakan terlebih dahulu, dan balut tortilla berbentuk kon

  6. Sedia dihidang bersama mayonis dan sos cili


Sumber : Mingguan wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

Meat The Tofu

Bahan-bahan:

  • 5 biji tauhu keras (potong berbentuk tiga segi)

  • 100 gram daging cincang

  • 3 biji bawang putih (dicincang)

  • 2 sudu sos thai

  • 2 sudu sos masam manis

  • 1 biji telur

  • Garam secukup rasa


Cara membuat:

  1. Bagi membuat isi,tumis bawang putih dan daging cincang sehingga air daging kering

  2. Masukkan sos Thai dan sos masam manis

  3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa dan biarkan masa selama 20 minit. Asingkan

  4. Tuang sedikit bahagian tengah tauhu dan masukkan isi yang telah disediakan tadi ke dalam tauhu (seperti membuat tauhu sumbat)

  5. Celup ke dalam telur dan gorengn dengan api yang sederhana sehingga kekuning-kuningan

  6. Sedia dihidangkan bersama sos cili


Sumber : Mingguan Wanita Dis 2010 (Hidangan Sandwich)

CNY @ I-City Shah Alam

Unplanned trip.. Feel bored @ home, so we decided to go to here.. Here some pic.. enjoy..

Thursday, 3 February 2011

Piza Pepperoni Daging

Bahan Topping:

  • 1 mangkuk daging pepperoni/salami

  • 5 biji cendawan butang

  • 1 biji cili benggala merah / hijau

  • 1 biji tomato - dihiris

  • 3 sudu besar tomato puri - dikisar

  • 2 sudu besar sos tomato - dikisar

  • 1/2 sudu kecil gula

  • 1 sudu teh oregani

  • 1 sudu teh marjoram

  • 1 biji buah zaitun tanpa biji - dihiris

  • 2 sudu minyak zaitun

  • Parutan keju cheddar

  • Parutan keju mozarella

  • Garam secukup rasa


Cara Membuat:

  1. Panaskan minayk dan tumis oregani dan marjoram seketika

  2. Masukkan bawang putih dan tomato yang telah dikisar ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga naik bau

  3. Kemudian, campurkan tomato puri bersama sos tomato dan bahan-bahan lain

  4. Tambahkan garam dan gula sebagai bahan perasa

  5. Kacau sehingga mendidih selama 10-15 minit. Ketepikan


Bahan Doh Piza:

  • 280 gram tepung gandum

  • 1 sudu teh gula

  • 1 sudu teh susu tepung penuh krim

  • 1 sudu teh garam

  • 180 ml air suam

  • 1 sudu teh yis segera


Cara membuat:

  1. Gaul tepung dengan yis di dalam mangkuk adunan

  2. Larutkan gula dan garam di dalam air

  3. Kemudian, masukkan air ke dalam adunan dan gaul sebati. Uli sehingga tepung licin

  4. Uli di atas permukaan yang rata yang telah ditabur sedikit tepung. Uli sehingga tepung licin dan tidka melekat

  5. Bulatkan doh dan simpan di dalam mangkuk adunan yang disapu dengan sedikit minyak dan ditutup. Biarkan kembang dua kali ganda selama 40 minit

  6. Kemudian, uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada dua bahagian

  7. Canai adunan menjadi leper dan mengikut saiz yang disukai

  8. Letak di atas dulang pembakar, sapu sedikit minyak dan biarkan seketika untuk mengembangs edikit

  9. Cucuk-cucuk adunan dengan garpu agar ia tidak mengembang ketika dibakar. Bakar separuh masak

  10. Sapu topping di atas permukaan piza dan bakar sekali lagi pada suhu 180'c selama 15-25 minit

  11. Sedia dihidangkan


Sumber : Mingguan wanita Feb 2011 (Hidangan Timur Tengah)

Nasi Kabsa Ayam

Bahan - bahan :

  • 1 ekor ayam - potong dua

  • 3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 30 minit dan ditos

  • 4 1/2 cawan air panas

  • 2 sudu minyak masak

  • 1 sudu minyak sapi

  • 1 batang kayu manis

  • 3 biji buah pelaga

  • 2 biji bunga cengkih

  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu

  • 3 ulas bawang putih - dipotong dadu

  • 1 biji lobak merah - diparut

  • 1 biji buah tomato - dikisar

  • 2 sudu tomato puri

  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)

  • 1 sudu besar rempah kabsa

  • 1 biji lemon hitam / kering - dicucuk bahagian tengah

  • 1 biji lada benggala merah - dipotong dadu

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

  • 2 tangkai cili merah - tak perlu dipotong

  • 1/2 cawan kismis

  • Garam secukup rasa

  • Gula secukup rasa


Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang , buah pelaga, bawang putih, bawang besar dan goreng hingga wangi

  2. Masukkan buah tomato, tomato puri, lemon, pewarna kuning dan rempah kabsa. Goreng sebentar

  3. Kemudian, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Tambahkan garam dan gula secukup rasa

  4. Masukkan lobak merah, cili benggala, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masak nasi seperti biasa

  5. Kacau nasi bila nasi betul-betul masak selepas 30 minit agar nasi tidak hancur


Bahan sos:

  • Sedikit tomato

  • Sedikit cili hijau

  • Sedikit batang ketumbar

  • Gula secukup rasa

  • Garam secukup rasa

  • Jus lemon secukup rasa


Cara membuat:

  1. Kisar tomato, cili, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon. Hidangkan bersama nasi.


Sumber : Mingguan Wanita Feb 2011 (Hidangan Timur Tengah)

Nasi Mandi Kambing

Bahan Stok Tulang:

  • 1 1/2 kg tulang kambing berdaging

  • 15 biji buah pelaga

  • 15 kuntum bunga cengkih

  • 15 biji lada hitam

  • 1 sudu kecil jintan putih

  • 1 biji buah pala - diketuk

  • 1 inci halia - diketuk

  • 3 helai daun bay


Cara membuat :

  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama kesemua rempah ratus, daun bay dan halia

  2. Tapis, ambil stok dan tulang bersama daging. Ketepikan.


Bahan Nasi :

  • 3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 30 minit lalu ditos

  • 4 cawan stok tulang

  • 2 sudu minyak sapi / mentega/minyak zaitun

  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu

  • 1 biji tomato - dipotong dadu

  • 4 biji buah pelaga

  • 1 kuntum bunga cengkih

  • 5 biji lada hitam

  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)

  • Garam secukup rasa


Cara membuat:

  1. Tumis bawang besar bersama minyak sehingga naik bau

  2. Kemudian, masukkan rempah ratus, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan juga pewarna kuning

  3. Masukkan tulang dan daging, biarkan sehingga mendidih barulah masukkan tomato yang telah dipotong dadu

  4. Pindahkan nasi ke periuk elektrik (jika suka) dan masak nasi seperti biasa


Bahan Sos:

  • Sedikit tomato

  • Sedikit cili hijau

  • Sedikit batang ketumbar

  • Gula secukup rasa

  • Garam secukup rasa

  • Jus lemon secukup rasa


Cara Membuat:

  1. Kisar tomato, cili, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon. Hidangkan bersama nasi


Sumber : Mingguan wanita Feb 2011 ( Hidangan Timur Tengah)

Salad Madinah

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato - dipotong dadu

  • 1 biji cili benggala - dipotong dadu

  • 1/2 biji bawang besar - dipotong dadu

  • 5 biji buah zaitun tanpa biji - dipotong halus

  • 1 sudu besar minyak zaitun

  • 1/2 biji jus lemon

  • 1/2sudu teh garam


Cara Membuat :

  1. Campurkan tomato , cili benggala, bawang besar dan buah zaitun di dalam bekas

  2. Kemudian masukkan garam dan kacau sebati

  3. Tuang minyak zaitun bersama jus lemon dan hidangkan. Sesuai juga dihidangkan bersama roti pita


Sumber : Mingguan Wanita Feb 2011 (Hidangan Timur Tengah)

Salad Taboulleh

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kuskus

  • 6 biji jus lemon

  • 1/2 cawan bawang besar - dicincang halus

  • 1/2 cawan timun - dicincang halus

  • 2 cawan tomato - dicincang halu

  • 1 cawan daun parsley - dicincang halus

  • 1 cawan daun pudina - dicincang halus

  • 1/2 cawan daging salami - dicincang halus (jika perlu)

  • 1/2 cawan minyak zaitun dara

  • garam secukup rasa

  • lada hitam secukup rasa


Cara Membuat :

  1. Rendam kuskus di dalam jus lemon sehingga kembang dan lembut

  2. Kemudian, campurkan bawang dan garam diikuti dengan lada hitam.Biarkan selama 5-10 minit

  3. Campurkan bahan-bahan lain dan gaul rata. Tutup seketika dan biarkan selama 1-2 jam

  4. Sesuai dihidangkan dalam suhu bilik


 

Sumber : Mingguan Wanita Feb 2011 (Hidangan Timur Tengah)

Gong Xi Fa Chai..

Selamat Tahun Baru Cina.. Tahun ini adalah tahun arnab.. semoga rakan-rakan dan juga tak lupa kepada saudara-mara saya diperoleh kebahagian dan kekayaan..

Wednesday, 2 February 2011

Kegilaan masa kini

Aku je kot yang tergila-gila kan bende ni.. isk.. sangat sedap ok!.. Ntah pesal tetiba je aku rasa bende ni macam sedap gile, padahal sebelum ni kalo lalu kat rak kedai tu, buat tak pandang jer... iskk.. sedap gile la strawberry tu.. kecuq ayaq lioq ja..